Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)

Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk mendedahkan bahaya dadah kepada murid bermula di peringkat sekolah rendah lagi.Program Sifar Dadah Sekolah Rendah  dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan , kurikulum , kokurikulum dan pembentukan sahsiah . 

SK Pekan Telipok Tuaran tidak ketinggalan untuk menyahut program kerajaan ini untuk  direalisasikan di tahap 1 & 2 di sekolah kami.

Bahan untuk dimuat turun, sila klik..

Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama 2011



*PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 
SEMESTER PERTAMA 2011
10HB-13 MEI 2011
(Tahap 1 &2) 
*** Pihak admin memohon maaf diatas kekeliruan maklumat sebelum ini
Tertakluk kepada perubahan 


Portal Rasmi SK Pekan Telipok

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
Terkini   Salam Ukhuwah kepada semua pengunjung blog kami.....
Portal Rasmi SK Pekan Telipok  terpaksa ditutup buat sementara waktu ini, kerana dalam proses penambahbaikan untuk paparan berita yang lebih baik dan menarik,insyallah....lagipun 'lesen'  expired dan baru ajer di renewal kan... pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku....

Kami berusaha untuk memberi yang terbaik untuk  semua pengunjung Portal kami terutama kepada warga SK Pekan Telipok Tuaran...Insyallah......

Terima Kasih Kepada PIBG SK Pekan Telipok yang telah mengeluarkan dana untuk meng'aktif' kan Portal ini : admin

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

KEPADA YANG BERKENAAN...... 

Assalamu'alaikum w.b.t &  Salam Sejahtera, 
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik


 Tahniah Kepada Yang Berjaya : admin

Tidak Layak Dipanggil MURID @ PELAJAR


KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.

P/S : Admin teramat terkejut dengan peristiwa yang berlaku pada guru ini...Hilang sudah pertimbangan yang ada pada seorang anak didik...Lupa sudah mereka pada ilmu yang diajar seawal tadika,sekolah rendah....tapi admin tak heran sangat perkara ini berlaku dan berlaku dan berlaku....kerana selagi tiada sifat HORMAT pada seorang guru...ianya pasti akan berulang....Akhirnya bebanan ini ditanggung oleh guru.....akibatnya guru terpaksa menerima komen2 tidak membina oleh masyarakat antaranya...


  •  Tersalah didik kot....
  • Guru tak pandai menyelesaikan masalah.......
  • Guru guna kekerasan....
  • Apa peranan guru kaunseling........huhuhuhhu
Jawapannya... GURU YANG SALAH.....
**** Sekadar pandangan peribadi admin jer....

UJIAN ILAHI : Bila Diri Dihina ......کمبالي له کڤد الله.

Wahai Anak Didikku Sekalian....Sekiranya berkesempatan bacalah dan renungkanlah...sesungguhnya setiap kandungan memiliki ribuan kemanfaatan...

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita bak kata Prof.Dr. Hamka....Rakan Yang Istemewa (mulia hatinya) Ialah Rakan Yang Tidak Akan Berubah Walaupun Zaman Terus Berubah
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.Perbanyakkan Istigfar dengan Penghulu Istighfar...
Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP