Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010


Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Mengucapkan Jutaan Penghargaan & Tahniah  Kepada Penerima Anugerah Cemerlang (APC) 2010 Yang Telah Memberi Mutu Perkhidmatan dan Kuantiti Sumbangan Yang Cemerlang Pada Tahun Yang Dinilai.
Tahniah......

Kebesaran Ilahi : Gerhana Bulan di Malaysia 16 Jun 2011

KUALA LUMPUR 7 Jun - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.


"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.


"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.
Sumber  : http://www.utusan.com.my

SAMBUTLAH GERHANA BULAN DENGAN BANYAK BERSOLAT , BERSEDEKAH ,
BERZIKIR DAN BERDOA.

Layakkah Aku Ini?



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Download : Borang-Tambang-Percuma-Mengunjungi-Wilayah-Asal-Lampiran-A1

Jom Balik Kampung.........

Renungan Di Waktu Cuiti : Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wahai anak-anak didikku semua,
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP