Kertas Pendidikan Islam

KERTAS SOALAN PAI

Pagi ni 28hb Mei,Semua murid Islam tahap 2 menduduki peperiksaan bagi kertas Pendidikan Islam.Seramai 158 orang murid Islam Tahap 2 menjalankan tangungjawabnya.Bermula jam 7.30 dan berakhir pada jam 8.30 pagi ini,selama satu jam...Insyallah atas usaha dan iltizam murid-murid akan dapat menjawab soalan ini dengan baik.Insyallah...SELAMAT BERJAYA

** Kertas PAI Untuk Tahap 1 Akan Dijalankan Pada Sesi Petang

Exam

GB kami penuh emosi

Sajak yang disampaikan oleh Guru besar Kami ini amat menyentuh perasaan kami sehingga ada diantara kami tidak dapat menahan rasa sebak dan sedih lebih2 lagi beliau sedang menghitung hari persaraan .Kualiti video kurang memuaskan..diambil menggunakan H/phone saje.Terima Kasih Cikgu...............

Ragam kami

Siot Bah Hari Guru Kami.............
Pada sabtu,23hb Mei :Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah kami jalankan...bagus la jugak banyak diantara kami yang spoting untuk memeriahkan sambutan ini...bermula seawal 7 pagi dan berakhir pada 12 tengahari itu....syuk bukan main....acara makan biskut pun ada.....tengok la apa yang ader masa tu.....




Terima Kasih Kepada Guru2 Yang Telah
Menjayakan Sambutan hari Guru kali Ini- admin

Tip IT : Ada Malware dalam WebSite ZIDDU

Hari ni bila saya terbaca satu artikel dalam satu website,saya terjumpa satu tip yang boleh kita berkongsi bersama dalam blog ini.., - admin blog
Webmaster web tersebut cuba untuk memasuki website Ziddu.com untuk upload file, tetapi terperanjat kerana keluar alert dari google yang mengatakan Ziddu.com disyaki menjadi host malware , program yang boleh memberi kesan kepada komputer kita apabila kita memasukinya.

Alert melalui browser Mozilla Firefox:


















Alert melalui browser Google Chrome:
















AWAS!!!
kepada pengguna Internet Explorer tiada alert jika anda masuk ke Ziddu ! Pendek kata jangan melawat ke Ziddu.com dalam waktu terdekat ni sehingga webmaster mereka membaikpulih site mereka.

Jika anda telah memasuki website mereka via IE , anda mesti clearkan cache/cookies Internet Explorer anda!
Jika anda menggunakan Windows XP , jangan lupa restore PC anda ke tarikh sebelumnya. Caranya ialah :
Start -- All Program -- Accesories -- System tool -- System Restore




RaPaTKaN SaF

CARA CARA MERAPATKAN SAF SOLAT

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
"Dari Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.

"Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "(Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)"Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat". (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud)

Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah –
Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

M.U.N.A.F.I.Q S.E.J.A.T.I

1.Dusta

Hadith Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad Jayid: Yaitu SESEORANG YANG BERDUSTA AGAR ORANG2 TERTAWA." Di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW bersabda: "Tanda orang munafik ada 3, salah satunya adalah jika berbicara dia dusta."

2. Khianat

Sabda Rasulullah SAW: "Dan apabila berjanji, dia berkhianat." Barangsiapa memberikan janji kepada seseorang, atau kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada seseorang dengan mudah kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i maka telah hinggap pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.

3. Ingkar Janji

Sabda Rasulullah SAW: "Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat." (HR. Bukhari Muslim)

CONTOH jer....dan bandingkan...

Kita semua dah belajar dari sek ren lagi bahawa Neil Amstrong adalah orang yang pertama menjejakkan kaki ke bulan. Tapi dari gambar dahulu yang dianalisis, terdapat kemusykilan betul ke Amstrong orang pertama ke bulan?
Tengok Bayang.......jangan mudah percaya....



Riadah Erat Hubungan Kami

Apakah hukum bersukan dalam Islam?

Semua kita sedia maklum akan kepentingan sukan untuk kesihatan. Apa yang mengekang penglibatan umat Islam terutamanya wanita dalam sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa ialah kod pakaiannya yang tidak menutup aurat.Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih kasih kepada Allah daripada mukmin yang lemah... (riwayat Muslim)

Dalam Islam, sukan adalah harus dan digalakkan. Ini berdasarkan beberapa hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya, ajarkan anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda. Dalam hadis yang lain, baginda turut menyebut tentang berenang.

Mengikut sejarah Islam, Dr. Ahmad Shalaby membahagikan sukan kepada dua iaitu yang melibatkan pergerakan tubuh badan seperti berlari dan berenang. Kategori kedua ialah yang membabitkan mental seperti catur, sahibba dan karom.

Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.

Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.

Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.

Pertandingan Badminton Antara Guru SK Pekan Telipok
Yang Diadakan Pada Petang (21hb Mac 2009) Tadi Sempena Hari Guru 2009
yang akan diadakan pada 23hb(sabtu ni)

Sampai Sudah Di Sabah.....H1N1

DUA PELANCONG AMERIKA DI KUARANTIN DI KEPAYAN

KOTA KINABALU,20hb Mei; Dua pelancong Amerika Syarikat di kuarantin kerana mereka menaiki penerbangan yang sama dengan seorang pelajar China yang menjadi penghidap positif Influanza A (H1N1) di China.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkatas pasangan itu dari New York menaiki pesawat yang sama dengan pelajar China dari Noy York ke hong Kong sebelum tiba di sini pada Isnin.

Pegawai kesihatan Hong Kong telah memaklumkan rakan mereka di Malaysia tentang dua penumpang itu yang berjaya dikesan kelmarin.

“Mereka kedua-duanya segera di kuarantin di pusat Kepayan,” katanya.Rosnah berkata kedua-dua warga Amerika itu tidak menunjukkan tanda-tanda terkena selesema.

Beliau berkata ujian virus H1N1 telah dijalankan terhadap dua warga Amerika dan pegawai kesihatan akan mengetahui hasilnya hari ini.

Menurut laporan dari Hong Kong menyatakan terdapat 293 penumpang menaiki penerbangan Cathay Pacific CX831 yang tiba di Hong Kong pada 17 Mei....

read more......

Wajah Baru

"BILIK KEMAHIRAN HIDUP BERWAJAH BARU"

Jam 9.45 pagi tadi,Bilik KH sekolah telah dirasmikan secara rasminya oleh Tuan Guru Besar En.Junit haji Jumin,setelah dihenti penggunaannya selama 3 minggu sebagai usaha pengubahsuaian dan pembaikan.Pembukaan semula bilik KH ini memberi manfaat kepada murid-murid untuk menimba ilmu pertukangan atau sebagainya.Terima kasih di ucapkan kepada Encik Hamdan Masuut guru yang bertanggungjawab menguruskan bilik KH ini..
Tahniah diucapkan.....

Kecaman ke atas kaum Yahudi dan Nasrani

Maksudnya :

(145) “Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi al-Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamu pun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian mereka pun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim.”


(146) Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui.”

PeRiNgAtAn UnTuK SeMuA....BiBLe DLm B.M

Jaga anak-anak kita.
Download fail PDF di SINI

DaLaM Ka'AbAh



HARI NI HARI KITER ,,,,,,,,

Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Mengucapkan

"SELAMAT HARI GURU 2009"


Kepada Semua Pendidik di Seluruh Negara...Semoga Khidmat Yang Jujur Dan Ikhlas Akan Mendapat Balasan Dari ALLAH S.W.T

Kesihatan Untuk Yang Menjaga Kesihatan Sokmo.......


TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN
(BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).
Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)

oleh www.halaqah.net
editor : penahalaqah

Cari makan.....

3,000 pencari kerja serbu Jabatan Pelajaran Kedah

Lebih 3,000 orang menyerbu Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di Alor Star hari in untuk menghadiri temuduga kerja. Ekoran itu, temuduga terbuka itu, yang sepatutnya diadakan sehari sahaja, dilanjutkan sehingga esok, lapor Bernama. Pengarah Pelajaran Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata ia dilanjutkan kerana terlalu ramai yang menghadiri temuduga tersebut. Katanya, empat jenis jawatan ditawarkan termasuk guru siswazah kontrak, pegawai tadbir kontrak, penolong pegawai tadbir kontrak dan pembantu tadbir kontrak.
dipetik dari http://malaysiakini.com

Selamat Hari Ibu: Kasih ibu membawa ke syurga.......


Sambutan Hari Ibu akan muncul lagi pada 10 Mei ini bagi tahun 2009. Ia sebenarnya diperkenalkan oleh masyarakat Barat bersempena dengan hari-hari tertentu, sambutan seperti hari ibu itu diperkenalkan oleh mereka kerana meletakkan penghormatan kepada ibu-ibu mereka apabila keadaan terdesak dan ia dilakukan bagi menutup banyak kelemahan.

Sebenarnya, kita wajib menghormati dan meraikan ibu bukannya pada hari yang ditentukan seperti Hari Ibu, malah ia wajar diraikan setiap masa dan tidak perlu menunggu hari tertentu. Namun, kadang-kala ada yang terlupa untuk berbuat demikian kerana atas sebab-sebab tertentu dan mungkin juga sibuk dengan tugas harian.

Dengan adanya Hari Ibu, mungkin lebih ramai lagi yang akan terus mengingati ibu mereka, walaupun Islam tidak melarangnya, namun ia perlu dihormati sepanjang masa.

Apa pun, kasih ibu kepada anak sepanjang masa. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar.

Begitu juga selepas dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang. Jika sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita.

Baca lagi ..........


Cerita lama....Telefon Bimbit Di Sekolah


"GAYA atau keperluan? Telefon bimbit kini satu keperluan sebagai alat komunikasi. Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, ia sekadar gaya bahkan dalam keadaan tertentu boleh mengganggu khususnya ketika belajar di bilik darjah"

GAYA atau keperluan? Telefon bimbit kini satu keperluan sebagai alat komunikasi. Bagaimanapun, bagi sesetengah pihak, ia sekadar gaya bahkan dalam keadaan tertentu boleh mengganggu khususnya ketika belajar di bilik darjah.

Ini dibuktikan dengan beberapa kejadian membabitkan pelajar dan penyebaran video lucah serta buli yang dirakam menggunakan telefon bimbit di sekolah.

Kini, isu membawa telefon bimbit ke sekolah mendapat perhatian ramai sehingga kementerian mengeluarkan arahan kepada sekolah supaya merampas daripada pelajar dan hanya dikembalikan jika ibu bapa atau penjaga menuntutnya.

Persoalannya, adakah tindakan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah semata-mata untuk menyebarkan unsur negatif?

Benarkah tumpuan mereka dalam pelajaran 100 peratus terganggu hanya kerana telefon bimbit?

Sesetengah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan turut membawa telefon bimbit ke sekolah.

Selain itu, adakah pelajar sendiri berkeras mahu membawa telefon bimbit ke sekolah atau diminta ibu bapa?

Pelajar sekolah menengah perempuan di Kuantan, Pahang, Nur Atiqah Najwa Zainuddin, 18, berkata dia membawa telefon bimbit ke sekolah bukan untuk menyebarkan perkara negatif, tetapi memudahkan berhubung dengan keluarga dan rakan.

Menurutnya, pelajar terikat dengan jadual waktu pembelajaran dan aktiviti kokurikulum di sekolah. Jika ada maklumat atau perubahan, mereka boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi keluarga dengan pantas.

read more

http://www.hmetro.com.my

..Mengenali Personaliti Diri Sendiri...Dr Fazilah Kamsah..

..Kita sebenarnya tidak mengenali diri sendiri..kerana itu pelbagai tanggapan yang timbul..banyak yang mengaitkan personaliti kita dengan bulan dan tarikh kelahiran kita..kita didedahkan dengan bintang VIRGO,LIBRA dan sebagainya..apakata kita teliti personaliti kita dengan melihat kajian yang dilakukan oleh Dato'Dr Fazilah Kamsah..sekadar panduan dan jangan dipercayai sepenuhnya kerana kelahiran dan personaliti kita adalah bidang kuasaNYA yang mencipta kita..kita hanya sekadar insan yang melaksanakan fitrahnya aje...
MEI
  • * Keras hati & tegas.
  • * Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • * Pemikiran yang tajam.
  • * Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • * Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
  • * Perasaan yang amat mendalam.
  • * Cantik dari segi mental & fizikal.
  • * Tidak perlu dimotivasikan.
  • * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • * Mudah dipujuk.
  • * Bersikap sistematik (otak kiri).
  • * Suka berangan.
  • * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • * Daya khayalan yang tinggi.
  • * Permikiran yang tajam.
  • * Pandai berdebat.
  • * Fizikal yang baik.
  • * Kelemahan sistem pernafasan.
  • * Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • * Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • * Tidak boleh duduk diam.
  • * Tidak punya ramai anak.
  • * Rajin dan bersemangat tinggi.
  • * Agak boros

Pencarian Kelab

Misteri Batu Hajarul Aswad...


Neil Armstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, di berkata “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?
P
ara astronout telah memjumpaikan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian website tersebut di padamkan seolah2 ada alasan tersembunyi disebalik penghapusan website tersebut.
S
etelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berhujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih terus berlanjutan. Para pengkaji Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan kaabah di alam akhirat.

read more.....

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda,

“Hajar Aswad itu diturunkan dari surga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam. ( Al-Tirmidzi al-Hajj (877) )

petikan dari http://www.supermance.com


Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP