RAMADHAN : HIKMAH PUASA DARI SEGI KESIHATAN

Semua perintah Allah S.W.T yang Dia syariatkan, pasti mengandungi faedah dan manfaat , begitu juga dengan semua yang dilarang oleh Allah S.W.T pasti kerana adanya kemudharatan dan bahaya bagi hambaNya, baik bahaya di dunia mahupun di akhirat. Baik difahami mahu pun tidak, baik di sedari ataupun tidak pasti kerana bahayanya. Semua perintah dan larangan Allah S.W.T ada HIKMAHnya.

Begitu juga dengan puasa Ramadhan yang akan kita jalani, pasti mengandungi manfaat dan faedah yang tersendiri. Walaupun masih ada lagi orang yang kalah dengan nafsunya beranggapan bahawa puasa itu hanya sebagai beban yang memberatkan, atau hanya ujian keimanan dari Allah , atau hanya sekadar suatu amalan ibadah yang berhak dihargai dengan suatu balasan dan pahala, atau hanya sekadar untuk latihan pengekangan nafsu atau hanya sekadar untuk mengangkat manusia dari darjat haiwan.

Di dalam agama lain pun ada disuruh penganutnya agar berpuasa, cuma caranya sahaja yang berlainan dengan yang disuruh di dalam Islam. Ada agama yang berpuasa tetapi bukan menahan lapar dengan tidak makan , tetapi hanya makan dan minum dalam bilangan yang lebih sedikit dari biasa. Itu masih tetap tidak relevan untuk dipanggil puasa, dan tiada hikmahnya pun. Kerana puasa yang berhikmah adalah puasa dengan tidak makan dari pagi hingga ke maghrib, dengan merehatkan perut dari bekerja sepanjang tahun.

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa.....read more.......

Sumbangan artikel :
http://saintispath.blogspot.com

WARNING.......


Dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com


Salam.......

Sekarang bulan puasa menjelma.... .....berhati- hati..... ....becareful of Kurma Yahudi .. Tolong Distribute!

Bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura.
Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis
ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas
dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

TAWARAN HEBAT

بسم الله الرحمن الرحيم

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & jQAF SK PEKAN TELIPOK
MENGUCAPKAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA 1430H
.
Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal..INSYALLAH.

Niat PUASA versi Upin & Ipin

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN UPSR 2009


AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM MAJLIS SOLAT HAJAT 2009
Pengerusi : PN RAJAYAH JIRAN (Penolong Kanan 1)
Naib: Pengerusi: PN MARIE CURIE ( Penolong Kanan HEM)
EN.BRAHIM MYDIN (Penyelia Petang)
PN HAIDAH SHEIKH ISMAIL ( Penolong Kanan KOKUM)

Penyelaras Program : PN JULIANA BANDAR

Pen.Penyelaras Program : PN IDAH WAIMIN

Penyambut Tetamu: SEMUA PK & GURU KANAN MATA PELAJARAN TERAS

Pengendali Bacaan Yassin & Solat Hajat : USTAZ SUKRI YAAKOB

Siaraya & Juru Gambar : EN PUDIN JUMAT & EN EIRON SULAI

Persiapan Tempat : EN.MOHD SYUKRI,EN.M. HISHAM & EN AWANG SHARIZAN

Jamuan : PN ASNIDAR,PN MARTHA UKUNG,PN.NORA JUSTIN

Buku Aturcara: PN.IDAH WAIMIN

Kebersihan: EN.ARIF,EN.HAMDAN & EN DELLAH

Disiplin: SEMUA GURU KELAS TAHUN 6

DOA PILIHAN

Guru kena jadi pembantu kesihatan?

Saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit ulasan dalam salah satu akhbar arus perdana (bukan layak pun buat komen,sekadar pandangan peribadi ja)

Menurut laporan akhbar baru.baru ini.....guru di minta untuk mengimbas suhu badan setiap murid sebelum masuk ke kelas setiap pagi....jika didapati suhu 38 atau lebih....murid di minta pulang....


P
ada pendapat saya....tugas itu sepatutnya dilakukan oleh ibu bapa sebelum anak ke sekolah....sebab anak itu datang dari rumah kecuali pelajar asrama....Tambah lagi beban guru....40 org murid...seorg murid andaikan seminit....40 org...40 minit....guru kena hadir ke sekolah sebelum pukul 5.30 pagi ke..kalau di sabah la?atau.............

Apa pendapat anda?

H1N1 & JEREBU : Kenapa Kita Terpilih?

TERPILIH ATAU DI UJI?

Sabah berada ditempat teratas dilanda H1N1 jika dibandingkan dengan negeri lain di Malaysia. Dengan jumlah penutupan sekolah melebihi 10 buah sudah menjadi petunjuk kepada pelebaran wabak ini. Belum sempat berakhir H1N1, jerebu pula melanda sejak ahad lepas. Persoalannya, ialah kenapa Sabah menjadi pilihan kepada fenomena ini.

Jerebu-Content

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain yanng terdiri daripada habuk, jelaga, debu, abu dan gas pada atmosfera rendah iaitu pada kedudukan di bawah paras 2 km. Walaupun fenomena ini diihat mengaburi pemandangan indah ciptaan Allah, namun beberapa gas berbahaya turut terapung bersama jerebu iaitu karbon monoksida, methan, nitrat berasid, sulfat berasid dan lain lain kimia. Kewujudannya gas-gas ini, boleh mengancam aktiviti dan kesihatan manusia. Mengingatkan kejadian jerebu pada tahun 1997, MALAYSIA mengalami kerugian lebih kurang RM34 bilion dari sektor pertanian dan perlancongan dan ini tidak termasuk lain-lain sektor. Kesihatan manusia juga turut terjejas dan dianggarkan lebih 20 juta penduduk di rantau ini dikatakan mengalami penyakit berkaitan pernafasan sepanjang kejadian itu.

Sebagai umat yang beriman, fenomena-fenomena sebegini sepatutnya dilihat dalam kerangka ketuhanan kerana setiap sesuatu yang berlaku ada sebab. Mungkin sudah banyak kerosakanyang kita lakukan di bumi ini samada kerosakan persekitaran fizikal seperti pemusnahan tumbuhan, perataan bukit, pencemaran sungai ataupun mungkin, sistem hidup berlandaskan Al-Quran itu sudah dirosakkan oleh kita dan berlawanan dengan fitrah kita sebagai hamba Allah. Dalam konteks sebegini, adalah elok untuk kita melihat dan meneliti satu firman Allah s.w.t dalam Al-Quran, surah Ar-Ruum ayat 41:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)

Ertinya, bagi orang mukmin musibah sebegini sebenarnya adalah teguran daripada Allah terhadap kesalahan dan tingkah laku manusia yang sudah terlalu jauh menyimpang dan meninggalkan ajaran sebenarnya. Musibah ini memperingatkan kita untuk kembali ke pangkal jalan meninggalkan kemaksiatan dan dosa, kembali kepada kebenaran. Bencana yang berlaku ini adalah peringatan Allah kepada manusia, maka sewajarnya kita merenung dan bercermin diri untuk mengingat kesilapan yang dilakukan, seraya bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, Tuhan pemilik alam ini sebelum terlambat. Allah masih sayang kepada kita kerana musibah yang datang masih dalam bentuk peringatan bukan dalam bentuk bencana. Sekiranya bencana yang datang bukan lagi dalam bentuk teguran tetapi bencana yang memusnahkan kita dan alam ini seperti banjir besar pada umat Nabi Nuh dan gempa bumi pada umat Nabi Luth, menunjukkan Allah sudah begitu murka dan tidak kasih dengan kita.

Sebagai umat beriman, jalan terbaik untuk menolak bala dan bencana serta memudahkan datangnya kasih sayang Tuhan adalah dengan mengukuhkan iman dan takwa. Hal ini dengan tegas Allah dalam firman-Nya bermaksud: Andai kata penduduk satu negeri itu benar-benar beriman dan bertakwa, maka kami akan bukakan kepada mereka keberkatan kami yang datang dari langit mahupun yang tumbuh dari bumi. Akan tetapi jika mereka mendustakan ayat kami, maka kami akan azab mereka akibat daripada perbuatan mereka sendiri ” (Surah al-A’raf, ayat 96).

Wallahu A'lam

Keajaiban Azan .......Maha SuciMu Ya ALLAH

Inilah bukti kebesaran Allah dalam mengajak umatnya sentiasa mendirikan solat. Subhanallah. Silakan tonton bersama- sama agar bukti kebesaran Allah ini menjadikan hamba- hambaNya segera mendirikan solat.

AWAS DENGAN DOA TOLAK SELSEMA BABI YANG SESAT

PETIKAN INI DIAMBIL DARI : http ://isuhangat.blogspot.com/

Saya yang berkongsikan di isuhangat semalam setelah mendapat email dari pihak atasan tempat saya bekerja dan tidak menyangka sama-sekali ia adalah doa palsu sehingga mendapat email dari saudari Yana.

Saya telah remove fail tersebut dan kepada yang mendownloadnya semalam jangan diamalkan doa yang diragui itu dan jangan diforwardkan kepada kenalan lain.

Doa tersebut seperti bukan doa kepada Allah tetapi dipohon kepada manusia . Islam hanya membenarkan memohon kepada Allah sahaja dan bukan sesama makhluk.
Kandungan doa tersebut:



Tidak pasti Ustaz Thalut @ Muhammad Adeeb b. Sakiran adalah sememangnya staff JAIS atau tidak. No handphone yang tertera apabila dipanggil tidak berjawab.

Difahamkan doa tersebut sudah banyak tersebar di internet dan diforward melalui email ke email ibarat email berantai-PENGARANG BLOG ISUHANGAT

PERINGATAN : BALA DARI ALLAH...

Di China, anjing pula sebar wabak maut

BEIJING - Seekor anjing dipercayai menjadi punca penularan wabak pneumonia di bandar Ziketan, barat laut China yang sehingga kini menyebabkan tiga orang meninggal dunia manakala lebih 10,000 penduduk dikuarantin, lapor media rasmi Xinhua.

Bandar Ziketan yang terletak di pedalaman wilayah Qinghai dikuarantin sejak Sabtu lalu sebagai usaha untuk mengekang penyebaran wabak yang sangat berbahaya itu.

Seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan lapan lagi yang dijangkiti terdiri daripada sanak saudara mangsa pertama.

Mangsa pertama yang berumur 32 tahun bekerja sebagai penternak.

Ujian awal mendapati anjing milik lelaki tersebut mungkin menyebabkan wabak berkenaan.

Pengarah Biro Kawalan Penyakit Qinghai, Profesor Wang Hu berkata, anjing berkenaan dipercayai mati selepas memakan seekor tupai yang dijangkiti bakteria tersebut.

Lelaki berkenaan mati tiga hari selepas menanam anjingnya.

"Mangsa pertama mati kerana dipercayai (digigit kutu daripada anjing) kerana tidak memakai sebarang alat perlindungan.

"Lelaki itu yang tidak mengetahui dia dijangkiti kemudian menyebarkan kuman tersebut kepada saudara dan jiran-jirannya," kata Wang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, bakteria yang menyebabkan wabak itu pada kebiasaannya terdapat pada sebahagian haiwan mengunggis di wilayah tersebut seperti tupai.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Kementerian Kesihatan China bertindak mengenakan perintah kuarantin itu bagi menghalang penularan wabak.

Wilayah Qinghai merupakan kawasan bergunung-ganang yang berkepadatan rendah sekali gus membantu mengekang penularan wabak tersebut.

"Bekalan makanan di kawasan itu juga dijamin. Masyarakat tempatan tidak perlu untuk melarikan diri dari kawasan bencana," kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Dong Fukui.

Sejumlah penduduk di Ziketan sebelum ini dilaporkan merancang untuk melarikan diri dari kawasan kuarantin. - AFP

Sesungguhnya setiap yang ditentukan oleh ALLAH mengandungi peringatan yang jelas atas sebab kelalaian manusia itu sendiri daripada mengingati setiap suruhannya..Utusan Makhluknya berupa Virus merupakan bala yang dikenakan keatas makhluknya yang berada di dunia ini.WAALLAHU'LAM- admin

Sejarah Virus Flu H1N1

Sejarah Virus Flu H1N1
Virus flu jenis baru H1N1 yang kini tersebar di seluruh dunia, meskipun belum membawa dampak terhadap kegiatan normal sehari–hari masyarakat manusia, namun kecepatan penyebarannya, sungguh sangat menakutkan bagi umat manusia.

Menurut suatu survei internet yang dilakukan oleh tim survei pendapat masyarakat di RRT, jika di dalam negeri timbul kasus H1N1 tipe-A, dari total 542 responden, lebih dari setengah di antaranya menyatakan, mereka akan sangat khawatir akan hal itu. Lalu darimanakah asal virus wabah flu jenis baru ini? Apakah hubungannya dengan flu burung atau flu babi? Bencana apakah yang akan diakibatkan olehwabah flu ini?

23 April media massa dunia untuk pertama kalinya memberitakan secara terbuka merebaknya sejenis penyakit menular di Meksiko. Dari 60 jasad korban yang berusia muda dan menengah diperoleh jenis virus flu babi, seiring dengan berbagai kasus yang terus bermunculan di berbagai negara dunia, istilah Swine Flu pun dengan cepat telah menyebar ke seluruh dunia.

24 April, badan WHO mengumumkan bahwa penyebab penyakit tersebut kemungkinan adalah virus menular flu H1N1.

25 April, Meksiko mengumumkan dihentikannya semua kegiatan untuk sementara untuk mengurangi terjadinya penularan.

28 April, setelah menyerang Amerika Utara dan Eropa, wabah flu mulai merangsek ke wilayah Asia, di hari yang sama WHO telah meningkatkan tingkat kewaspadaan terhadap wabah ini hingga ke level 4.

29 April, karena untuk pertama kalinya di Amerika Serikat didapati kasus penularan antara manusia dengan manusia, tingkat kewaspadaan terhadap wabah ditingkatkan lagi menjadi level 5, hanya terpaut satu level saja dari tingkat kewaspadaan tertinggi.

Di saat bersamaan manusia mulai mengenal lebih jelas, wabah kali ini bukan disebabkan oleh flu babi, melainkan virus menular jenis baru yang terbentuk dari mutasi gen 3 jenis virus terdahulu yakni flu babi, flu burung, dan flu manusia, sehingga lebih pantas dinamakan “flu menular H1N1 tipe-A”.
Hingga 22 Mei, sebanyak 42 negara telah melaporkan kasus ter-jangkitnya virus jenis baru H1N1 sebanyak 11.168 kasus, termasuk 86 di antaranya meninggal dunia, dan 75 di antaranya meninggal di Meksiko. Seiring dengan dibukanya kembali gedung opera komersil Meksiko, banyak orang kemudian melepaskan nafas lega.

Karena adanya penggunaan “Tamiflu” dan obat –obatan anti virus lainnya, manusia mensyukuri bahwa virus menular ini meskipun memiliki daya tular yang sangat kuat, tapi tidak begitu mematikan.

Namun para pakar memperingatkan, menurut karakteristik wabah flu terdahulu, mungkin sekali masih akan ada gelombang virus kedua atau bahkan juga ketiga yang jauh lebih mematikan, penderitaan bagi umat manusia yang disebabkan oleh virus menular Spanyol pada 90-an, kembali diusung ke hadapan manusia.

Virus: Pasangan yang terus mengikuti umat manusia

Virus adalah jasad makhluk hidup terkecil dalam makhluk mikro organisme. Virus tidak hanya tidak memiliki struktur sel, sebagian besar juga hanya mengandung satu jenis DNA atau RNA dan protein.

Virus memiliki sifat menumpang hidup secara khusus, berdasarkan tempat menumpang hidupnya yang berbeda-beda, dapat dibedakan menjadi virus hewan, virus tanaman, virus bakteri, bakal virus dan berbagai jenis lainnya.

Bentuk dan ukuran virus pun beraneka ragam, meskipun virus sangat kecil, namun dapat mengakibatkan berbagai penyakit dan komplikasi pada manusia. Jauh sebelum manusia eksis di dunia ini, virus sudah ada, banyak ilmuwan yang percaya, ada sebagian virus bahkan berasal dari angkasa luar.

Selama lebih seratus tahun belakangan ini umat manusia telah mengalami 7 kali wabah flu berskala besar, yakni:

1889 – 1890 wabah flu Rusia (jenis virus: H2N2 tipe-A) dengan angka kematian mencapai 1 juta orang.
1918 – 1920 wabah flu Spanyol (virus H1N1 tipe-A) dengan angka kematian dunia mencapai 25 – 90 juta orang.
1957 – 1958 wabah flu Asia (virus H2N2 tipe-A) dengan angka kematian 1 juta orang.
1968 – 1969 wabah flu Hong Kong (virus H3N2 tipe-A) korban meninggal mencapai jutaan.
November 1999 – April 2000 wabah flu di seluruh dunia (virus jenis H3N2 tipe-A).
Dan yang terakhir adalah se-rangan mendadak viruswabah flu kali ini, April 2009 yang mencakup seluruh dunia (virus jenis H1N1 tipe-A).

PERINGATAN

PERINGATAN PENGHANTARAN DENGAN KADAR SEGERA!

Kepada
Semua Ibubapa/penjaga

erhubung dengan kes Influenza A H1N1 diminta kerjasama sekolah setiap pagi memeriksa kesihatan murid dan sentiasa mengingatkan murid perihal menjaga amalan kebersihan yang betul. Jika terdapat murid yang demam sila maklum kepada ibubapa supaya mereka berehat dirumah sahaja. Ini bagi mengelakkan penularan kes Influenza A H1N1.

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP