Bila pilih agama yang BATIL


Paderi benarkan mencuri
NEW YORK - Seorang paderi di Britain, Tim Jones (gambar) mengundang kemarahan banyak pihak kerana dia menyatakan kadangkala adalah sesuatu yang boleh diterima untuk seseorang yang amat memerlukan sesuatu barang mencurinya di sebuah rangkaian kedai besar tetapi bukannya melakukan perbuatan itu di kedai runcit.

Dia menyampaikan ceramah kontroversi itu pada Ahad lalu di Gereja Lawrence di sini.

Jones berkata, mencuri dianggap dibolehkan jika seseorang itu amat memerlukan sesuatu barang dan tidak mengambilnya melebihi keperluannya.

Kelmarin, ceramah mirip legenda pencuri Robin Hood itu mengundang bantahan daripada kalangan paderi lain, pemilik kedai dan pihak polis.

"Gereja England tidak pernah menyuruh seseorang untuk mencuri di kedai atau melanggar undang-undang," kata Paderi Besar, Richard Seed.

Namun, Jones berkata, mencuri di kedai mungkin membantu mereka yang mendapat bantuan kerajaan tetapi tidak menerimanya kerana sebab-sebab birokrasi. - AP

Petua Seorang Guru 2010


Petua Seorang Guru
Kalau Seorang Guru Mengajar Sambil Duduk,
Murid Belajar Sambil Mengantuk.

Kalau Seorang Guru Mengajar Sambil Berlakon,
Murid Belajar Dengan Tekun.

Kalau Seorang Guru Mengajar Tanpa Alat,
Murid Belajar dengan Ralat.

Kalau Seorang Guru Mengajar Banyak Bercakap,
Ada Murid Bertambah Gagal.

Kalau Seorang Guru Seorang Pemudah Cara,
Ramai Murid Pandai Bicara.

Kalau Seorang Guru Mengajar Tanpa Menilai,
Tak Akan Tahu Murid Bodoh Atau Pandai.

Kalau Seorang Guru Berbudi bahasa,
Dikenang Murid Sepanjang Masa....


Patah Tumbuh Hilang Berganti sepanjang 2009

PERGI.....
  • En. Junit Haji Jumin (ex-GB) - Bersara
  • Pn Rajayah Jiran (ex-PK 1) - ke JPN Sabah
  • Pn.Nora Justin (Guru BI) - ke SK Pekan Kinarut
  • Pn.Faridah binti Omar (Guru jQAF) - ke SK Seri Rampai,KL
DATANG.....

  • Pn.Jane Augustine Main (GB)
  • Pn.Jamaliah binti Md.Jali (PK 1)
  • En.Mohd Fahmi b Brahim (Guru PAI)
  • En.Arif b Osman (Guru jQAF)
  • En.Mohd Shukrib. Mohd Salleh (Guru jQAF)
  • Pn.Esah binti Zubin (Pembantu Tadbir N17)

Tragedi Dahsyat DISEMBER di Malaysia

TRAGEDI TSUNAMI (26 Disember 2004)

Kejadian Tsunami yang menggemparkan penduduk dunia kerana Malaysia bukanlah berada pada garisan gempa bumi tetapi turut terkena ombak besar berkenaan. Kuala Muda Yan, Kuala Muda Langkawi, serta Batu Feringghi terkena tempiasnya



TRAGEDI RIBUT GREG (26 Disember 1996)
Kejadian ribut taufan yang meragut banyak nyawa di Keningau, Sabah.
Ribut berkenaan digelar Mr.Greg.Berlaku pada 26 Disember 1996



TRAGEDI HIGHLAND TOWERS (11 Disember 1993)

Tragedi kondominium Highland Towers di Lembah Klang runtuh dan
mengorbankan ratusan nyawa berlaku pada 1993



TRAGEDI PESAWAT MAS MH653 di Johor (04 Disember 1977)

Pesawat: Penerbangan Malaysia MH 653

Dari: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

Destinasi: Lapangan Terbang Antarabangsa Subang

Penumpang: 93 + (7krew)

Kematian: 100 orang

Jenis Pesawat: Boieng 737-2H6

Tarikh: 4 December 1997


Hanya ALLAH yang tahu HIKMAH di sebalik kejadian ini : admin

Taklimat SMS Sekolah di SMK Sri Nangka


HARI INI......

Masa :
8.00 pagi - 3.00 petang.....

Tempat :
Bilik Mesyuarat SMK Seri Nangka,Tuaran

Guru Terlibat :
Guru SMS sekolah
(84 buah)....saya pun ada td....

Penceramah :
En.Januari Jauhari (Ketua Pegawai Operasi Mypressto KPM)

Sasaran program :
Pentadbir sekolah,guru-guru dan penjaga murid




DOWNLOAD PANDUAN PELAKSANAAN MODEL j-QAF TAHUN. 6 2010


PANDUAN PELAKSANAAN MODEL j-QAF TAHUN 6,PELAJARAN JAWI & RANCANGAN TAHUNAN MODEL j-QAF TAHUN 6 2010

DOWNLOAD


Terima Kasih

Hukum Memberi Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Orang Kafir

Hukum Memberi Ucapan Selamat Hari Raya Untuk Orang Kafir
MUKADDIMAH

Dalam shoutbox ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut: hakim assalamulaikum saye ingin bertanye 2 soklan pertama bolehkah kite wish hapy depavali atau pun marry crismas Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

sumber : http://akhisalman.blogspot.com/



Hukum tepuk tangan

Hukum tepuk tangan

Pengarang kitab حفل الزفاف في الفقه الإسلامي berkata:

Sesungguhnya tepuk tangan bila dilihat dari segi hakikatnya adalah suatu perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor kepada perbuatan tepuk tangan itu dilakukan. Sesiapa yang bertepuk tangan kerana untuk memberi peringatan maka perkara tersebut adalah harus.

Pengarang ini merujuk kepada sebuah buku dalam mazhab Syafie iaitu kitab حاشية الشبراملسي . Bila dilihat dalam kitab tersebut ada dinukilkan dari kitan فتح الجواد karangan Imam Ibnu Hajar Haitami:

“Diharuskan tepuk tangan dengan kedua tapak tangan sekalipun ditujuan untuk bermain-main, sekalipun ia dianggap sebagai bentuk nyanyian.”

TEPUK TANGAN KETIKA MENDENDANGKAN LAGU

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Haram tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi dan sebahgian ulama Syafie.

PENDAPAT KEDUA: Makruh tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Syafie dan pendapat mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية

“ Cara ibadah dan solat orang-orang musyrikin di sekeliling ka’bah hanyalah dengan bersiul dan bertepuk tangan.” (35 : al-Anfal)

Bentuk pengambilan dalil:: Bertepuk tangan adalah dari perbuatan orang-orang musyrik. Orang bertepuk tangan meniru perbuatan orang-orang musyrikin.

2. Bagi orang lelaki dilarang kerana ia menyerupai perbuatan wanita dalam solat. Nabi saw bersabda:

إنما التصفيق للنساء

“Tepuk tangan dalam solat (untuk menegur imam) hanyalah untuk perempuan.” (Hr Bukhari dan Muslim)

JAWAPAN KEPADA TERHADAP DALIL

Jawapan terhadap pendalilan yang pertama adalah: Ayat ini menunjukkan perngharaman dan larangan beribadah dengan bertepuk tangan. Ia bukan pengharaman tepuk tangan di luar ibadah.

Jawapan kepada pendalilan yang kedua adalah: Hadis ini mengkhusukan tepuk tangan untuk wanita dalam solat sahaja.

KESIMPULAN

Hukum bertepuk tangan adalah mengikut kepada sebab bertepuk tangan. Ianya ada 4 seperti berikut:

1. TEPUK TANGAN DALAM SOLAT BAGI WANITA UNTUK PERINGATAN: Para ulama bersepakat ianya disyariatkan.

2. TEPUK TANGAN UNTUK IBADAT SEPERTI DALAM SOLAT, ZIKIR DAN TAWAF: Ianya dilarang berdasarkan ayat Quran yang telah lepas.

3. TEPUK TANGAN UNTUK NYANYIAN: ada yang mengharamkan dan ada yang memakruhkan. Apa yang difatwakan Dr Yusuf Qardawi dalam kitab فقه اللهو والترفيه adalah harus hukumnya kerana tidak ada dalil yang melarangnya.

4. TEPUK TANGAN UNTUK MEMBERI SEMANGAT ATAU RASA KAGUM: Ini juga dibenarkan kerana ia diperlukan. Pengarang kitab الموسوعة الفقهية الكويتية mengatakan:

“ Tepuk tangan di luar solat dan khutbah adalah diharuskan sekiranya untuk keperluan yang dibenarkan syara’ seperti minta izin untuk masuk, memberi peringatan, mengelokkan persembahan nasyid atau wanita yang bermain dengan kanak-kanak.”

Rujukan:
1.Fiqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi
2.Haflu Zafaf fil Fiqh Islami oleh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh
3.Mausu’ah Fiqhiyyah oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Kuwait
4.Hasyiah Ali Syabramalsi ala Nihayatil Muhtaj
5. Sofwatul Tafasir oleh Muhammad Ali As-Sobuni

http://akhisalman.blogspot.com

Tamu Bagandang Beaufort 2009

Sehari Perjalanan ke Tamu Begandang Beaufort 2009

TARIKH : 12 HB DISEMBER 2009

MASA : JAM 9.40 PAGI (Perjalanan dari KK memakan masa 1 jam 30 minit)

TEMPAT : TAPAK EKSPO Beaufort 2009













ada banyak lagi gambar2 yang menarik,tapi terasa penat nak uploadkan : admin


GEMPAR....VIDEO...Kejadian gempar ini berlaku di salah sebuah pasaraya terbesar di Kelantan, KB Mall.


Kejadian gempar ini berlaku di salah sebuah pasaraya terbesar di Kelantan, KB Mall. Koleksi video dan gambar di bawah menceritakan segalanya.

Saksikan sendiri.....

sumber : http://salampantaitimur.com

Ucapan Takziah kepada keluarga Mangsa terlibat.

Al-FATIHAH

PENGUMUMAN : Penyerahan Wang KWAMP




TARIKH

07.12.2009 : Tahun 1 & 2

08.12.2009 : Tahun 3 & 4

09.12.2009 : Tahun 5 & 6


MASA : 8.00 - 12.OO Tengahari

TEMPAT : BILIK GURU SK PEKAN TELIPOK


SEMUA MURID YANG LAYAK (diberi surat penggilan) dikehendaki hadir pada tarikh yang nyatakan bersama ibubapa masing-masing.

DOKUMEN yang perlu di bawa :
**** Kad Pengenalan (tidak dibenarkan membawa pasport atau dokumen lain.)


Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP