Aku Akan Berhijrah ....


Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok mengucapkan selamat bertugas di tempat baru & di doakan semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di sana.
Kehilangan amat dirasai.
Insyaallah

Jahatnya Lidah Itu......

Renungan Buat Semua Anak Didikku Sekalian.....Bacalah dan renungkan.... Elaklah Sifat Mazmumah ini sedaya upaya...mudah-mudahan kita terhindar dari sifat ini....gunakan anugerah ilahi ini dengan zikrullah.....

17 bahaya lidah adalah:
  • Berjanji lalu mendustai janji itu.  
  • Bercakap perkara yang tidak berfaedah.
  • Bersuka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata. 
  • Bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
  • Penyebab akan berlaku pertengkaran.
  • Penyebab permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
  • Bertutur manis tetapi kata-katanya semua dusta.
  • Mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
  • Gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
  • Mernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
  • Terlalu banyak bergurau dan bersenda.
  • Suka menghina orang lain.
  • Penyebar rahsia.
  • Mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
  • Mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
  • Talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
  • Memuji yang melampau-lampau 
MORAL : 
Jangan Mudah Percaya Pada Setiap Kata-kata Manusia....walaupun kata-katanya mereka penuh dengan janji yang manis....Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah. 
Waallahu A'lam.....Berserahlah Kepada Allah.

Download bahan dan maklumat KSSR tahun 2 2012

Perhatian Untuk Semua Guru Tahun 2 2012 Daerah Tuaran Yang Akan Berkursus :


MATA PELAJARAN TARIKH  TEMPAT

B.Malaysia,B.Inggeris,Pendidikan Jasmani,Matematik,Pendidikan Muzik 19-22hb Sep.2011 ILP Kota Kinabalu,Pusat RELA,SMK Sri Nangka
Pendidikan Seni Visual,Bahasa Kadazan Dusun,Dunia Sains & Teknologi,Pendidikan Kesihatan 26-29hb Sept.2011 SMK Tamparuli,PKG Tuaran,Pusat RELA,SMK Sri Nangka
Pendidikan Moral,Pendidikan Islam,Bahasa Arab,Bahasa Cina 03-06hb Sept 2011 SMK Tamparuli,PKG Tuaran,PKG Tamparuli,SMK Sri Nangka

anda boleh dawnload bahan  Dokumen Standard Kurikulum (DSK) KSSR untuk persedian menghadiri kursus tersebut di SINI

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010


Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Mengucapkan Jutaan Penghargaan & Tahniah  Kepada Penerima Anugerah Cemerlang (APC) 2010 Yang Telah Memberi Mutu Perkhidmatan dan Kuantiti Sumbangan Yang Cemerlang Pada Tahun Yang Dinilai.
Tahniah......

Kebesaran Ilahi : Gerhana Bulan di Malaysia 16 Jun 2011

KUALA LUMPUR 7 Jun - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini. Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.


"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi. Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.


"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.
Sumber  : http://www.utusan.com.my

SAMBUTLAH GERHANA BULAN DENGAN BANYAK BERSOLAT , BERSEDEKAH ,
BERZIKIR DAN BERDOA.

Layakkah Aku Ini?



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Download : Borang-Tambang-Percuma-Mengunjungi-Wilayah-Asal-Lampiran-A1

Jom Balik Kampung.........

Renungan Di Waktu Cuiti : Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wahai anak-anak didikku semua,
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.


Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".


Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Beralih Angin Ke Tempat Baru....Pindah...

Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok mengucapkan selamat bertugas di tempat baru & di doakan semoga dapat menjalankan tugas dengan cemerlang di sana.
Kehilangan amat dirasai.Jasamu akan dikenang selamanya 
* Tempat bertugas sudah diketahui,tapi blum konpom,jadi admin tidak berani nak nyatakan kerana hitam putih belum dpat.

Rakan Yang Istemewa (mulia hatinya) Ialah Rakan Yang Tidak Akan Berubah Walaupun Zaman Terus Berubah

Ajaibnya tarikh ini...11.11.11


Nak tahu, dalam tahun ini kita akan bertemu dengan beberapa tarikh yang menarik dan tidak akan jumpa sebelum atau selepas ini. Tarikh itu ialah 1.1.11 , 11.1.11 , 1.11.11 dan 11.11.11 .

Nak tahu apa yang ajaib dan pelik bagi nombor 1 dalam tahun ini. Ok macam ni, cuba anda tambah umur korang pada tahun ini dan 2 nombor akhir pada tahun anda dilahirkan. Jawapannya pasti keluar 111 . Tak percaya ? Ok lihat pengiraan dibawah :

 
Contohnya : Umur anda ialah 32 tahun pada tahun ini dan  dilahirkan pada tahun 1979.

32 + 79 = 111

 
P/S : Kebetulan pulak admin pun  lahir pada tarikh ini...11.11 : admin


Macamana, tak percaya lagi? ini hanya boleh dikira pada tahun ini sahaja. Try la….Sekadar renungan untuk anak didikku sekalian...

Tentatif Sambutan Hari Ibu Tahap 1

Bahan Tambahan PROSIDAR...Khas untuk penceramah

Klip Video untuk dimuat turun....sila klik disini

Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)

Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) telah dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk mendedahkan bahaya dadah kepada murid bermula di peringkat sekolah rendah lagi.Program Sifar Dadah Sekolah Rendah  dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan , kurikulum , kokurikulum dan pembentukan sahsiah . 

SK Pekan Telipok Tuaran tidak ketinggalan untuk menyahut program kerajaan ini untuk  direalisasikan di tahap 1 & 2 di sekolah kami.

Bahan untuk dimuat turun, sila klik..

Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama 2011



*PEPERIKSAAN PERTENGAHAN 
SEMESTER PERTAMA 2011
10HB-13 MEI 2011
(Tahap 1 &2) 
*** Pihak admin memohon maaf diatas kekeliruan maklumat sebelum ini
Tertakluk kepada perubahan 


Portal Rasmi SK Pekan Telipok

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
Terkini   Salam Ukhuwah kepada semua pengunjung blog kami.....
Portal Rasmi SK Pekan Telipok  terpaksa ditutup buat sementara waktu ini, kerana dalam proses penambahbaikan untuk paparan berita yang lebih baik dan menarik,insyallah....lagipun 'lesen'  expired dan baru ajer di renewal kan... pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku....

Kami berusaha untuk memberi yang terbaik untuk  semua pengunjung Portal kami terutama kepada warga SK Pekan Telipok Tuaran...Insyallah......

Terima Kasih Kepada PIBG SK Pekan Telipok yang telah mengeluarkan dana untuk meng'aktif' kan Portal ini : admin

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

KEPADA YANG BERKENAAN...... 

Assalamu'alaikum w.b.t &  Salam Sejahtera, 
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila klik


 Tahniah Kepada Yang Berjaya : admin

Tidak Layak Dipanggil MURID @ PELAJAR


KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.

P/S : Admin teramat terkejut dengan peristiwa yang berlaku pada guru ini...Hilang sudah pertimbangan yang ada pada seorang anak didik...Lupa sudah mereka pada ilmu yang diajar seawal tadika,sekolah rendah....tapi admin tak heran sangat perkara ini berlaku dan berlaku dan berlaku....kerana selagi tiada sifat HORMAT pada seorang guru...ianya pasti akan berulang....Akhirnya bebanan ini ditanggung oleh guru.....akibatnya guru terpaksa menerima komen2 tidak membina oleh masyarakat antaranya...


  •  Tersalah didik kot....
  • Guru tak pandai menyelesaikan masalah.......
  • Guru guna kekerasan....
  • Apa peranan guru kaunseling........huhuhuhhu
Jawapannya... GURU YANG SALAH.....
**** Sekadar pandangan peribadi admin jer....

UJIAN ILAHI : Bila Diri Dihina ......کمبالي له کڤد الله.

Wahai Anak Didikku Sekalian....Sekiranya berkesempatan bacalah dan renungkanlah...sesungguhnya setiap kandungan memiliki ribuan kemanfaatan...

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  1. Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  2. Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  3. Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  4. Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  5.  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita bak kata Prof.Dr. Hamka....Rakan Yang Istemewa (mulia hatinya) Ialah Rakan Yang Tidak Akan Berubah Walaupun Zaman Terus Berubah
  6.  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.Perbanyakkan Istigfar dengan Penghulu Istighfar...

Amat Kagum Untuk Kalian

Assalamualaikum......... admin terasa kehebatan anak didik kumpulan nasyid ini.
Jadi adalah molek kiranya admin uploadkan dalam blog ni...Suara sola yang mantap...kombinasi suara latar amat baik....paluan alat-alat muzik amat mendayu-dayu....

Tahniah untuk KalianMemartabatkan Muzik Islam.....
  Semua.....Dan Jurulatihnya.....

Keputusan Program Realiti Adik Adikku 2011


 

Keputusan Akhir Program Realiti
Adik-Adik Ku Musim ke-2 2011

JUARA
Adik Muhammad Amirul Munir Azlin

 NAIB JUARA
Adik Syafiqah Fasiha Ahmad Safri

KETIGA
 Adik Zaid Najmudin Zul Akmal

Saguhati:
  • Adik Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin
  • Adik Siti Nur Alia Safri
  • Adik Muhammad Ammar Mukhlis Abd Mohsin
  •  Adik Iffah Ahmad Hilmi 
BIODATA
NAMA PENUH :NAJAHATUS SOLEHAH RAPIHI
UMUR : 12 TAHUN
TARIKH LAHIR : 11/07/1998
ALAMAT : FLAT GURU, SK PEKAN TUARAN, PETI SURAT 79,
89207 TUARAN, SABAH.

Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Menghulur jutaan penghargaan kepada NAJAHATUS SOLEHAH RAPIHI dari SK Pekan Tuaran kerana berjaya ke peringkat separuh akhir Program Adik adikku ini mewakili Sabah.

Simpatilah Sesama Manusia Diatas Musibah Ini....

Assalam...Simpatilah Sesama Manusia Diatas Musibah Ini....
Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Mengutuk Keras Atas Penyiaran Kartun Ini...

Akhbar Berita Minggu hari ini mencetuskan kontroversi apabila ia menyiarkan sebuah kartun mengenai kejadian tsunami di Jepun yang meragut nyawa ribuan rakyatnya.

Kartun lukisan Zoy yang disiarkan di muka dalam Berita Minggu - edisi hari Ahad Berita Harian - memaparkan superhero popular Jepun - Ultraman - lari lintang pukang dari ombak tsunami yang besar.

Marilah sama2 kita fikrkan dengan berlandaskan akal yang waras, walaupun kita berlainan agama,bangsa & negara,yang pastinya illutrasi ini amat menyedihkan & mendukacitkaan admin  kerana musibah yang menimpa sesamanya manusia dipermainkan sedemikian.

Andainya Anda Tak Bercuti.....

Assalam untuk semua pengunjung setia blog kami....

Kepada semua terutama pendidik2,murid2  lain-lain jawatan tak rasmi ....


**Kalau x bercuti seperti aku....pandai2 la yer.......

Selamat Bercuti mulai 12hb - 20hb Mac.......  

Untuk Anak2 Didikku....Ingat2 lah dan Fikir2kan yang terbaik untuk masa cuti ini  : admin
MANAFAATKAN MASA CUTI ANDA DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH

Angkara Yahudi

Alhamdulilah..... Terima Kasih Kepada Penerbit Halaqah TV9 malam semalam yang telah menyiarkan siaran langsung program Ilmiah bertajuk KENAPA YAHUDI....admin yang mula mengantuk x jadi nak tidur dengan ulasan yang penuh hikmah oleh Yg.Bhg Ustaz Dr.Daniel Zainal Abidin amat menarik minat saya..

Info tambahan ini saya sunting dari website http://www.adybudika.com
Terima Kasih Dari Kami Usaha Beliau Mudah2an Mendapat Ganjaran Dari Allah

◙ INFO : Kajian dari aspek kelahiran, bangsa Yahudi dibahagikan kepada tiga kelompok

◙ PERTAMA, kelompok Yahudi Barat, elit serta kaya raya, licik, mengaut keuntungan dengan cara menyalahi undang-undang berada di Eropah dan Amerika Syarikat

◙ KEDUA, Kelompok Yahudi Timur, mojoritinya miskin, mendiami Eropah Timur dan Rusia

KETIGA, Kelompok Yahudi Arab Timur, tinggal di negara-negara Arab, mendapat taraf kerakyatan yang sama dengan bangsa-bangsa lain

◙ Bangsa Yahudi cenderung kepada tiga matlamat : Menuntut Kebebasan, Sekularis dan taat beragama
Mojoriti bangsa Yahudi yang menuntut kebebasan terdiri dari Yahudi Barat giat melaksanakan agenda Protokol Pemimpin Zionis, misi menguasai ekonomi dan politik dunia

◙ Kelompok Yahudi Sekularis, daripada Yahudi Eropah Timur pula melaksanakan misi politik puak Zionis berteras agama Yahudi

◙ Untuk menjayakan nafsu politik yang sempit, Yahudi mencanangkan kuasa perkauman bangsa Yahudi di tanah Palestin

◙ Yahudi Arab Timur, bersikap ekstremis agama, melaksanakan wasiat Kitab Taurat melalui cara ramalan pedeta mereka sebelumnya

◙ Ramalan ini diterjemahkan dalam bentuk tindakan merampas tanah, penghijrahan masyarakat anismisme, perancangan jahat penempatan orang Yahudi, menceroboh Masjid al-Aqsa dan pembinaan Haikal

◙ Semua kelompok Yahudi itu tadi dapat dikenali melalui pelbagai ragam yang ditampilkan oleh setiap kelompok

Namun salah satu kekuatan bangsa Yahudi, visi ketiga-tiga kelompok tersebut bergerak seiring dengan Taurat dan Talmud

◙ Peringatan mengenai tindak-tanduk bangsa Yahudi telah dinyatakan di dalam kitab suci Al-Quran
Mentaliti kebendaan Yahudi, dengan akidah mereka yang sesat turut menguasa minda umat Islam pada zaman ini

◙ Penyembahan anak Lembu Samiri, simbol penyembahan kebendaan oleh bangsa Yahudi
Puak Samiri moden juga kini muncul kembali dalam dunia moden, iaitu mereka yang mengharapkan kepuasaan duniawi

◙ SIKAP YAHUDI, mereka licik memutarbelitkan fakta dan kebenaran maklumat, cekap memanipulasikan isu

◙ Yahudi sering mengubah fakta yang disebut dengan istilah Israiliyyat yang dikaitkan dengan kisah-kisah nabi dan boleh mempengaruhi seseorang

◙ Kajian Dr. Solah al-Khalidi, seorang tokoh ulama Islam melalui bukunya Israiliyyat Masa Kini, penyelewangan fakta dilakukan melalui pemikiran manusia, persepsi dan konsep prinsip hidupmereka
Falsafah para pemikir anti Tuhan dari kalangan Yahudi menyeru pemikiran manusia bersumberkan logik akal dan kejadian semula jadi

◙ Yahudi memperkembangkan kefahaman bahawa agama hanya di masjid dan pada hari jumaat sahaja dan urusan dunia yang lain pula tiada kaitan dengan agama

◙ Yahudi juga menanam kepercayaan urusan agama dengan dunia tidak boleh disatukan
Mereka meruntuhkan nilai jati diri serta akhlak, kerosakan beragama dan meruntuhkan etika perniagaan

◙ Dakyah terbesar Yahudi disasarkan kepada golongan belia Islam dengan menjadikan mereka hidup moden secara bebas namun kehilangan makna diri

◙ KONSEP & FALSAFAH , memporak-porandakan bangsa-bangsa lain dengan mewujudkan percakaran dan perpecahan sesama sendiri

◙ Perpecahan terjadi dalam isu ekonomi, politik, social, budaya, adat resam dan agama
PROGRAM PENGISIAN & BERTINDAK, menggunakan jerat rasuah dan seks untuk meruntuhkan nilai kebaikan individu

◙ Persidangan Protokol Pemimpin Zionis Antarabangsa turut menyatakan bahawa : Kuasa Emas atau dengan kata lain, harta mengatasi segala kuasa di dunia termasuk kuasa agama

◙ Zionis – Pertububuhan politik untuk menegakkan negara Yahudi dengan ibu negara di Baitul Maqdis, nama Zionis diambil bersempena nama bukit Zion di Baitul Maqdis dengan matlamat, memusnahkan, melenyapkan kuasa berteraskan keimanan, meruntuhkan nilai kemanusiaan, cenderung kepada maksiat dan kemewahan, mencipta krisis ekonomi, politik dan social, menguasa media antarabangsa

◙ Freemason – Pertubuhan Pengganas Yahudi yang bergerak secara rahsia untuk menmguasai dunia setelah kejatuhan kerajaan Islam, mereka mempunyai matlamat, mencipta agama palsu, menghancurkan negara yang mendasari Syariah, menyuburkan budaya rasuah dan seks, menguasai industri komunikasi maklumat, menanipulasi wanita, memusnahkan insitusi kekeluargaan, menyebar fitnah melalui komik picisan, majalah, akhbar murahan

◙ Pertubuhan Yahudi Antarabangsa diwujudkan di Basle, Switzerland pada 27-29 Ogos 1897 diketahui oleh Theodore Herzl membuka era aktiviti politik Zionis untuk menubuhkan Kerajaan Yahudi di bumi Palestin secara jahat dan terancang

◙ Namun disebalik perancangan, kelicikan bangsa Yahudi mereka mempunyai kelemahan yang perlu ditarik tabirnya 

Sekalung Tahniah

  Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok 
Mengucapkan Tahniah Atas Kemenangan Ini.

Kegagalan 'PENDIDIK' atau 'PENDIDIKAN'




KUALA LUMPUR: Gara-gara tidak puas hati dengan guru, dua pelajar nekad meletupkan bangunan sebuah sekolah menengah di pinggir ibu kota dengan ‘bom’ buatan sendiri yang dipercayai diperbuat daripada mercun bola dan lingkaran nyamuk, semalam.
Tindakan ala ‘MacGyver’ itu dilakukan kedua-dua pelajar tingkatan tiga terbabit pada kira-kira jam 7.40 pagi menyebabkan berlaku tiga letupan di tiga lokasi berasingan sekolah berkenaan, sekali gus menggemparkan guru dan pelajar yang baru memulakan sesi pembelajaran.
Sumber polis berkata, pelajar terbabit dipercayai cuba membakar bangunan sekolah mereka, namun ketiga-tiga letupan yang dihasilkan tidak mencetuskan kebakaran.
“Biarpun insiden itu tidak mendatangkan kemalangan jiwa atau kecederaan kepada guru mahupun pelajar, ia kesalahan serius dan polis kini memburu kedua-dua pelajar terbabit yang dikenal pasti identiti mereka,” katanya.

ILMIAH HUJUNG MINGGU : Siri Kuliyah Ustaz Azhar Idrus

Assalam....Siri Kuliyah Ustaz Azhar Idrus saya 'upload' kan untuk tatapan tambahan ilmu pengetahuan semua pengunjung blog SK Pekan Telipok ini.Siri Kuliyah ini menggunakan bahasa tranung pior (heee....heeee...kebetulan admin pun orang tranung  juge...)
Apa yang penting ilmu yangdisampaikan....berusahalah..... Waallahu'lam

Selamat Berjuang Untuk Semua

Sekolah Terbaik Dan Gemilang.....Tahniah


LIMBANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort kedua 2011, di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, iaitu sebuah daripada dua sekolah di Sarawak yang turut tersenarai.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, kejayaan kohort pertama membabitkan 20 SBT menyediakan landasan kukuh untuk memberikan pengiktirafan kepada kohort kedua tahun ini.

Beliau berkata, kohort pertama SBT berjaya mengekalkan prestasi akademik yang cemerlang dan pada masa sama, meraih beberapa kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa, selain berperanan penting dalam merapatkan jurang pencapaian antara sekolah melalui program anak angkat.

Katanya, SK Ulu Lubai, adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai SBT dan mengucapkan tahniah kepada guru besar, guru, murid, ibu bapa dan seluruh warga sekolah itu yang berjaya menempa sejarah.
“Ini pencapaian amat istimewa. SK Ulu Lubai membuktikan berada di luar bandar bukan halangan mencapai kejayaan.
Info ini dipetik dari http://www.bharian.com.my 

Jangan Guna Perkataan "SALAM"

~kaudihatiku~: jangan guna perkataan "SALAM": "selamat pagi.....hari jumaat yg penuh dgn keberkatan...semoga hari ini segala urusan akan dipermudahkan olehNya...amin. SIAPA YANG MENGGUN..."

Semarakkan Maulidur Rasul

Maulidur Rasul merupakan detik yang amat istimewa. Lantaran itu, ada-ada sahaja aturcara yang susun oleh masyarakat Islam demi meraikannya. Namun, sekadar menyambutnya begitu sahaja tanpa pengisian yang sewajarnya,  tidak ubah seperti sebiji gelas kristal yang indah, tetapi kosong tanpa isi – amat merugikan! Dan ia pasti menjadi lebih sia-sia apabila Muslim sendiri tidak mendaulatkan sunnah peninggalan baginda Rasulullah SAW.
Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya: 

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah rasul-Nya, dan orang-orang yang memegang kekuasaan antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka hendaklah kamu kembalikan kepada Allah  dan rasul,  jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan." (An Nissak:59)

Koleksi Bahan KSSR




                 Bahan ini telah di 'upload' kan oleh IVY WONG
 
Pihak Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Mengucapkan Ribuan Terima Kasih atas Usaha Murninya ini...

Laman Ilmu Al-Quran....

Laman yang amat sesuai untuk menambah ilmu Al-Quran....
Cadangkanlah laman ini untuk anak-anak didik kita
klik....

HEBAHAN INFO : Download Bahan MTQ 2011

Buat Persediaan Awal.......untuk MTQ 2011
 

Guru Berpindah.....


Panitia Pendidikan Islam 
  Mengucapkan 
Selamat Bertugas kepada 


Cikgu Latin Misil@Misin

(Unit LINUS Daerah)


yang berpindah ke

INFO : Rancangan Tahunan Pend. Islam (KSSR) Tahun 1

Rancangan Tahunan Pend. Islam (KSSR) Tahun 1
** Terima kasih Sektor  Pendidikan Islam Melaka di atas sumbangan ini** 
 
Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP