Aplikasi Jadual Waktu Pendidikan Islam

Aplikasi Jadual Waktu Pendidikan Islam

Aplikasi Jadual Waktu untuk Guru Pendidikan Islam dan Akademik telah dihasil kan oleh Sektor Pendidikan Islam Pulau Pinang bagi memudahkan penyediaan Jadual Waktu.Ianya boleh di muat turun terus  di Laman SPIPP atau link di bawah.


Terima Kasih Atas Sumbangan  Bahan yang amat baik ini.Semoga mendapat keberkatan ALLAH

Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1431H

Panitia Pendidikan Islam SK Pekan Telipok Merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan Tahniah diatas pengurnianan anugerah Kepada Pengarah Pelajaran Sabah sebagai

TOKOH MAULIDUR RASUL 1431H PERINGKAT NEGERI

MAKLUMAN

Assalamualaikum..kepada semua rakan GPI jQAF sekalian,,,,
Semua bahan Untuk Di 'Muat Turun' Akan 

Di  Pindahkan Ke 

DROP DOWN MENU

Wallahu A'lam

Ujian Bulan Februari (Images)

 

Selamat Menjawab

Congratulations For Faiqah & Yadi (Chess Competition)

Info Tambahan MTQ 2010

Assalamualaikum..kepada semua rakan GPI jQAF sekalian,,,,
 
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat bagi rakan-rakan GPI jQAf yang masih mencari bahan-bahan untuk persiapan MTQ KPM 2010 nanti.Terutamanya kepada rakan-rakan yang akan memegang jawatan yang amat penting dalam organisasi pengelolaan MTQ 2010  seperti Setiausaha atau Ketua Jemaah Hakim...Laman Web Rasmi Panitia Pendidikan Islam Johor Bahru ada menyediakan bahan yang terkini untuk  di'muat turun' kan.

** Tambahan : Bagi rakan-rakan yang ingin mengenali seni kaligrafi islam,boleh layari laman SENI KHAT ini untuk melihat kehalusan seni kaligrafi islam ini.Ini mungkin penting sebagai rujukan untuk persiapan perarakan  sempena Maulidur Rasul nanti.

p/s : Jangan lupa ucapkan TERIMA KASIH kepada pemilik bahan tersebut. 

Sekalung Tahniah

Panitia Pendidikan Islam Mengucapkan Sekalung

TAHNIAH
Kepada 
Puan NorHaidah binti MatLin
Kerana Telah Dikurniakan Cahaya Mata Lelaki Hari Ini.

Cuaca Panas di sini

Keadaan cuaca di seluruh negara amat panas.Buletin Utama di TV3 pun ada bagi tau ada negeri-negeri di semenanjung yang terpaksa dicatu bekalan airnya.Empangan-empangan utama dah mula kering.Di  Negeri Bawah Bayu tak kurang panasnya.Cuaca yang kering ni makin hari makin panas.,dah hampir sebulan,mungkin ada sebabnya?Mungkin kerana angkara tangan-tangan manusia yang rakus.Lihat la keadaan cuaca di sepanjang minggu hingga minggu depan.....admin
p/s : JAGA KESIHATAN & KURANGKAN AKTIVITI LUAR & BANYAKKAN MINUM AIR

Pengumuman....Pengumuman......

MEMO CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2010(Tahun Harimau)


MEMO PEMBERITAHUAN UJIAN BULANAN (Februari) 

 
  Semua ibubapa diharap dapat memantau setiap aktiviti anak jagaan ketika cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah

PENGUATKUASAAN WAKTU BEKERJA PEGAWAI AWAM

sumber : http://www.ppdkluang.my
Kepada Semua kakitangan Awam,

Jabatan Perkhidmatam Awam Malaysia, telah mengeluarkan Surat Edaran Penguatkuasaan Peraturan Waktu Bekerja Pegawai Awam bernombor rujukan JPA(S)TT.233/2 Jld.2(1). Sehubungan dengan itu, semua pegawai diminta untuk mematuhi peraturan tersebut. Untuk makluman lanjut sila klik pautan "Penguatkuasaan Peraturan Pematuhan Waktu Bekerja" . 

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

Menjawab....




SOALAN

Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN

Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. (http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine)

http://www.zaharuddin.net

Contoh Borang Instrumen Pemantauan PAI SR 2010


Sekiranya perlu sila MUAT TURUN terus di

Blog Rasmi Unit Pendidikan Islam Kinta Utara  di sini

 Nota : Jangan Lupa tinggalkan pesanan ucapan terima kasih pada empunya bahan ini.

Pemantauan PAI / j-QAF di Kawasan KK dan sekitarnya

PEMANTAUAN PROGRAM PAI/ j-QAF Kawasan KK dan Sekitarnya
 
Bersedialah  pihak sekolah-sekolah  Program j-QAF dapat mengemaskini maklumat-matlumat dan data-data terkini dengan kadar segera. Antara perkara yang akan dipantau  ialah :-

-          Pemantauan P &  P 
-          Buku / Kad Rekod  Khatam Al-Quran/Rekod Tasmik
-          Buku Rekod Mengajar
-          Fail Panitia Pendidikan Islam/j-QAF
-          Jadual Waktu Kelas dan Individu
-          Buku Rekod Penggunaan Bahan dan Bilik j-QAF
-          Buku Stok Bekalan ( Bahan j-QAF )

"Beringat sebelum kena "

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP