Rasulullah Pemimpin Agung....tajuk ceramah hari ni oleh Ustaz Fairuz Bent..Banyak info..


Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Fairuz Bent...Penyertaan guru dan murid dalam ceramah tersebut amat memberansangkan.Di bawah ni ada sikit isi ceramah yang dapat saya rakamkan(1m 36s) jer..Program ceramah ini merupakan aktiviti kemuncak Minggu Panitia Pendidikan Islam SKPT...

video

Minggu Panitia PAI

Para peserta Lelaki yang melibatkan diri dalam aktiviti.Walaupun menghadapi masalah ketiadaan letrik,aktiviti tetap dijalankan dengan jayanya.Tahniah untuk semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung- Admin
Di antara para peserta perempuan yang mengambil bahagian dalam aktiviti
yang jalankan sempena Minggu Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab

Selsema Khinzir


Selsema Babi : Apakah Ini Wabak Pemusnah Umat Manusia?

ATLANTA 27 April - Tatkala laporan mengenai meletusnya wabak selesema babi di seluruh dunia, satu soalan yang tidak boleh dielakkan ialah apakah ini wabak yang akan memusnahkan umat manusia?

Apakah ini epedimik selesema global yang telah lama dijangka dan dibimbangi oleh pakar-pakar kesihatan awam? Apakah ini virus pemusnah yang akan membunuh jutaan manusia di seluruh dunia seperti pandemik yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968?Jawapan pendek ialah masih terlalu awal untuk mengesahkannya.

"Apa yang menjadikan keadaan sekarang agak sulit ialah kita mungkin berada di antara krisis kesihatan yang paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

''Atau satu permulaan kepada pandemik influenza yang sangat dahsyat,'' kata Michael Osterholm, seorang pakar mengenai wabak selesema global yang terkenal dari Universiti Minnesota.

"Kita tidak tahu menahu pada masa ini di manakah kita berada. Inilah masalahnya,'' ujar beliau.

Pegawai-pegawai kesihatan mahu mengambil setiap langkah untuk menghalang wabak ini daripada membunuh berjuta-juta orang. Menelaah influenza dikatakan satu bentuk ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) pernah meramal salah pada 1976 mengenai pandemik selesema babi yang tidak wujud pun.

Kes pada 1976, bermula dengan tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey yang didapati jatuh sakit akibat satu bentuk selesema babi yang luar biasa.

Pegawai-pegawai persekutuan memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat Amerika tetapi pandemik itu tidak berlaku.

Sehingga ke hari ini, pegawai kesihatan tidak tahu mengapa dan bagaimana virus 1976 itu berhenti dengan sendirinya.

''Pengajaran pertama ialah sesiapa sahaja yang cuba membuat telahan mengenai influenza sering tidak menjadi,'' kata Dr. Richard Wenzel, bekas presiden Persatuan Antarabangsa Mengenai Penyakit Berjangkit.

Namun para pegawai kesihatan telah diminta membuat ramalan apabila panik muka memuncak pada hujung minggu lalu.

Pusat merebaknya wabak tersebut ialah Mexico, di mana virus itu dikatakan menjadi punca kepada kematian 86 orang daripada anggaran 1,400 kes di seluruh negara itu sejak 13 April.

Sekolah-sekolah ditutup, upacara di gereja dibatalkan dan Presiden Mexico, Felipe Calderon memperkenalkan kuasa-kuasa khas untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap mereka yang dijangkiti virus tersebut.

Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, pakar-pakar menumpukan perhatian kepada satu bentuk selesema burung yang pertama kali meletus di Asia yang telah membunuh lebih 250 orang di seluruh dunia sejak 2003.

Pegawai kesihatan di seluruh dunia telah mengambil langkah-langkah persediaan bagi menghadapi kemungkinan ia menjadi wabak global tetapi sehingga kini virus itu belum mempunyai keupayaan untuk berjangkit dengan mudah dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. - AP




Berangkat Ke Ranau


Doakan kami....
Selasa,28 April 2009..Pasukan Bola Tampar SKPT (Lelaki & perempuan) bertolak ke Ranau(Genting Highlands Sabah....sejuk udara) dalam meneruskan usaha menambahkan koleksi juara ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Peringkat Bahagian Kota kinabalu(Pantai Barat Selatan).Seramai 12 orang pelajar telah dipilih untuk mengalas amanah mengondol JUARA.Pasukan ini diiringi oleh dua orang guru merangkap jurulatih iaitu Puan Lis Ukung dan Puan Fauzita.Bagi pihak admin blog,kami mengucapkan selamat maju jaya dan doakan kejayaan berulang.

DOA UNTUK MENOLAK GANGGUAN SYAITAN

Maksudnya:
"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih."

Makhluk Laknatullah

Jenis- jenis Syaitan yang goda manusia

1.Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupakepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
(BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suamiisteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Wallahu a'lam




Halal dan Haram Dalam Islam



(buku ni saya scan semula,jadi tak berapa cantik covernya- admin)

Buku karangan DR. Yusuf Al-Qardhawi. Dalam buku ini DR. Yusuf Al-Qardhawi menulis persoalan halal-haram dalam Islam dengan sederhana dan mudah dipahami serta diadakan comparative (perbandingan) dengan pandangan agama dan kebudayaan lain. Buku ini mengupas persoalan hukum halal dan haram dalam Islam di kehidupan sehari-hari seperti makanan, minuman, pakaian, rumahtangga, pernikahan dan hal-hal lainnya yang umum dalam masyarakat.

Anda boleh DOWNLOAD terus kandungannya.Dan di ruangan Bahan Ilmiah Dalam Blog kami-admin

Minggu Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab


Setelah dipersetujui dalam Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam pada 8hb April 2009,Minggu Panitia Pendidikan Islam & Bahasa Arab akan dijalankan pada minggu hadapan.

UJIAN BULANAN

Ujian Bulanan ini diadakan selama 2 hari bermula hari ini.
SEMOGA BERJAYA !!

peserta-peserta kem bestari solat

CERAMAH KEM BESTARI SOLAT

Ceramah kem bestari solat ini diadakan pada hari sabtu 18 april 2009
penyertaan murid2 sangat memberansangkan.....tahniah kepada ustaz arif selaku penceramah Kem Bestari Solat

TAHNIAH

JOHAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN
DAERAH TUARAN 2009



Bersama Pihak Petadbir Meraikan Kejayaan


Pn Lis Ukung & Pn Fauzita bergambar kenangan bersama pemain


Pasukan Bola Tampar Lelaki


Pasukan Bola Tampar Perempuan




HARI GURU 2009



TEMA HARI GURU 2009

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuang dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sIstem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar.Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan kepesatan dunia luar.
Kecekapan dan keberkesanan guru menerusi sIstem pendidikan membina
negara bangsa yang berjaya.

Peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.

DOWNLOAD

Lagu Tema Hari Guru 2009 (MP3)

DG41 ke DG44



Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Dari Gred DG41 Ke Gred DG44

kliK untuk Download BORANG DG4144

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS

Gred DG41 ke Gred DG44 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2009.

Sehubungan dengan ini...


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan kenaikan pangkat PPPS
Gred DG41 ke Gred DG44 secara Time-Based Khas Untuk Penyandang (KUP) tahun 2009.

Sehubungan dengan ini, Ketua-ketua Jabatan hendaklah mengemukakan

perakuan bagi semua pegawai yang layak mengikut syarat-syarat yang

ditetapkan. Adalah ditegaskan bagi urusan kenaikan pangkat secara

Time-Based, pegawai tidak perlu memohon tetapi adalah menjadi

tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memperakukan semua pegawai yang layak.

KITA JUARA



Waspada serunding babi di pasaran


WASPADA SERUNDING BABI DARI INDON


Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

  • bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
  • bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
  • bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
  • bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
  • bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN DAERAH TUARAN

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
BAWAH 12 TAHUN DAERAH TUARAN


TARIKH : 15 APRIL 2009

TEMPAT : PADANG BALAI POLIS TUARAN

Ibu bapa mogok bantah pertukaran guru besar

Ibu bapa mogok bantah pertukaran guru besar
Ibu bapa di sebuah sekolah kebangsaan di Sabah melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak mereka ke sekolah kerana membantah pertukaran guru besar sekolah berkenaan.

Ia berlaku di Sekolah Kebangsaan Pulau Mantani, di Kota Belud apabila rayuan untuk mengekalkan guru besar, Sabli Nanti yang tidak dipertimbangkan oleh Jabatan Pelajaran Sabah.

Sabli diarah bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud sebagai penyelia sekolah menengah.

Ekoran itu mereka melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak ke sekolah, sehinggalah pada satu masa kehadiran hanya dua orang sahaja daripada 136 orang murid-murid, bermula 2 Mac lalu.

Bagaimanapun, ia berjaya diselesaikan melalui majlis permuafakatan yang diadakan di dewan sekolah berkenaan Jumaat lalu.

Penolong Pengarah Pelajaran Sabah, Bongsu Gaga berkata ibu bapa telah memberi jaminan bahawa mereka akan menghantar semula anak ke sekolah mulai esok.

"Kita gembira isu ibu bapa mogok tidak hantar anak ke sekolah sudah selesai. Kita berterima kasih kepada mereka yang memberi jaminan kepada Jabatan Pelajaran Sabah dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud bahawa kehadiran seratus peratus pada Isnin ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Dilantik penasihat sekolah

Bongsu menjelaskan bahawa Sabli tidak layak lagi berkhidmat di sekolah berstatus Sekolah Kurang Murid (SKM) itu kerana beliau dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Menurutnya, Sabli hanya layak berkhidmat sebagai guru besar di sekolah gred A dan B atau menjawat jawatan penyelia pelajaran daerah.

agaimanapun Jabatan Pelajaran Sabah akan mempertimbang syarat PIBG agar Sabli dijadikan penasihat sekolah dan dibenarkan memantau untuk membantu meningkatkan prestasi sekolah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan," katanya.

Kaitan Alquran dengan Sains


AL QURAN DAN SAINS

Sains dan al-Quran tidak dapat dipisahkan. Walau bagaimanapun al-Quran bukannya sebuah buku sains. Ia adalah wahyu Allah. Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil. Walau bagaimanapun terdapat dalamnya ayat-ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.

Sains ialah penemuan berdasarkan cerapan dan kajian yang dilakukan oleh manusia. Secara dasarnya, penemuan yang sahih tentang alam tidak akan bercanggah dengan al-Quran. Hal ini disebabkan al-Quran dan alam datang daripada Allah: al-Quran diturunkan oleh Allah dan alam dicipta oleh Allah. Kedua-duanya adalah daripada Allah. Justeru, hubungan antara kedua-duanya adalah suatu hubungan yang harmonis.

Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang hubungan ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."

Ada ulama yang mentafsirkan ayat ini secara yang berbeza sedikit. Bagi mereka ayat ini bermaksud, "Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk (penjuru) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Islam itu benar."

Walau bagaimanapun, dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir berkata, "(Allah) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar." Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan.


Seterusnya, berhubung dengan firman Allah yang bermaksud, "Dan pada diri mereka sendiri," Imam Ibn Kathir berkata, "Berkemungkinan yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah apa yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang menakjubkan, sebagaimana yang dapat dilihat dalam ilmu tasyrih (anatomi). Kesemua ini akan menampakkan kebijaksanaan Yang Maha Pencipta." Untuk mengenali organ serta memahami sistem yang terdapat dalam tubuh manusia, sains juga diperlukan.

Konklusi yang dibuat as-Syeikh Said Hawa berhubung ayat ini amat menarik sekali. Dalam al-Asas fit Tafsir beliau berkata, "Dalam buku saya bertajuk ‘Ar-Rasul' saya membuktikan bagaimana Allah menunaikan janjinya yang terdapat dalam ayat ini. Jika manusia melihat kepada segenap penjuru alam dan diri mereka sendiri, mereka akan melihat sesuatu yang membenarkan al-Quran. Apabila apa yang mereka lihat itu dikaitkan dengan apa yang terdapat dalam al-Quran, mereka akan meyakini bahawa al-Quran sebenarnya datang daripada Allah. Saya telah memberikan banyak contoh berhubung perkara ini dan sesiapa yang membaca kitab tafsir ini (iaitu al-Asas fit Tafsir) dia akan memahaminya secara yang lebih jelas."

Dalam Tafsir al-Azhar pula Hamka berkata, "Dalam ayat ini dinyatakan bahawa al-Quran ini kian lama kian nyata kebenarannya. Bukti kebenaran itu akan muncul di segenap penjuru bahkan pada diri mereka (manusia) sendiri. Mungkin beberapa perkara yang diterangkan Quran tatkala ia mula diturunkan belum difahami tetapi kelak (ketika zaman berubah) dan otak manusia menjadi (semakin maju) akan nampaklah kebenaran itu. Sudah 14 abad Quran diturunkan dan semakin berkembang pengetahuan manusia tentang alam (semakin) bersinarlah rahsia kebenaran Quran."

Justeru, ayat ini merupakan jambatan antara sains dan Quran. Ia mengisyaratkan bahawa penemuan-penemuan sains masa kini yang berkaitan dengan alam dan manusia akan menampakkan, tanpa ragu-ragu lagi, kebenaran al-Quran. Yang penting ialah kajian sains yang dilakukan mestilah merupakan suatu kajian yang sahih dan ayat al-Quran yang hendak ditafsirkan mestilah merupakan satu ayat yang boleh dikaitkan dengannya, selepas merujuk kepada tafsiran yang muktabar. Justeru, penemuan-penemuan sains masa kini boleh dimanfaatkan untuk memahami ayat-ayat tertentu dalam al-Quran.




Nasyid Aeman


Keajaiban Ciptaan Allah di sebalik angka 19


RENUNGKAN DI SEBALIK 19

Kita sering dimaklumkan mengenai angka 786 yang kononnya mewakili perkataan bismillah. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Allah menyebut beberapa angka dalam al-Qur’an yang mempunyai banyak bukti matematik yang tidak kita ketemui. Angka 19 disebut secara spesifik dalam Surah ke 74 “Surah al-Muddathir”, ayat 30 yang bermaksud, “Padanya ada

Dari surah ini jelas angka 19 memainkan peranan yang besar dalam al-Qur’an. Berikut ialah 19 perkara yang diperhatikan oleh Dr Vladimir Kulish & Rano Izhar yang menemui kepentingan angka ini. Saya memetik hal ini dari sebuah buku yang sedang dalam usaha percetakan:-

  • Al-Qur’an mengandungi 114 surah (114=19×6)
  • Kalimah Bismillah mengandungi 19 huruf arab
  • Walaupun kalimah Bismillah tidak ditulis bagi surah at-Taubah, tetapi perkataan Bismillah ditulis sebanyak 114 kali dalam al-Qur’an
  • Jumlah ayat dalam al-qur’an ialah 6346 (=19×334) Perhatikan jumlah 6346 ialah 19 (6+3+4+6)
  • Daripada surah ke-9, at-Taubah (yang tidak ada Bismillah) kepada surah yang mengandungi kalimah Bismillah (surah 27), jumlah surah kesemuanya 19
  • Jumlah nombor surah kalau dicampurkan dari surah 9 ke 27 iaitu 9+10+11+…….+27=342 (19×18)
  • 342(=19×18) menyamai perkataan antara 2 bismillah dalam surah 27 (bismillah di awal surah 27-perkataan Bismillah dalam surah berkenaan)
  • Ayat pertama turun mengandungi 19 kalimah (Iqra’)
  • Ayat tersebut mengandungi 76 huruf (=19×4)
  • Surah Iqra’ (96) menjadi surah mengikut susunan mengandungi 19 ayat
  • Surah tersebut diletak di atas 19 surah-surah akhir yang lain
  • Surah 96 mengandungi 304 huruf Arab (=19×6)
  • Surah terakhir turun iaitu surah 110 juga mengandungi 19 ayat
  • Ayat pertama surah berkenaan (110:1) mengandungi 19 huruf arab
  • 14 huruf berbeza dari set 14 huruf permulaan seperti Alif, Lam, Mim) dan permulaan 29 surah jika dicampurkan 14+14+29=57 (19X3)
  • Jumlah 29 surah yang dimulai dengan huruf arab (tidak diketahui makna seperti alif, lam, mim dll) ikut surah ialah 2,3,7 dll kalau dijumlahkan 2+3+7+….+50+68=822 dan 822+14 (14 set permulaan dengan huruf hija’iyyah)=836(=19×44)
  • Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 38 surah yang tidak dimulai dengan huruf sebegini (=19×2)
  • Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 19 giliran antara surah yang bermula dengan huruf dan yang tidak bermula dengan huruf
  • Al-Qur’an menyebut 30 angka berbeza 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40, 50, 60, 70,80,99,100,200,300,1000,2000,3000, 5000,50000 dan 100000. Jumlah angka-angka ini ialah 162,146 (=19×8534)…Inilah kod Qur’an yang disengajakan oleh Allah untuk memelihara al-Qur’an dari sebarang pemalsuan….dan ia bukan ciptaan manusia. Itulah sebahagian dari penemuan dan kita akan berbincang lagi mengenai hal ini.

Nak satukan jqaf dan kafa?apa komen....



KUALA LUMPUR 28 Mac - Perwakilan UMNO Pulau Pinang mencadangkan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) serta Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) disatukan menggunakan kurikulum sama.

Wakil tersebut, Shabudin Yahaya berkata, pada masa ini program J-QAF mendapat peruntukan besar daripada kerajaan selain mempunyai guru terlatih dan tempat belajar yang selesa.

"Kenapa perlu ada dua identiti sekolah agama untuk membentuk modal insan berguna? Pengurusan masanya amat menyusahkan anak-anak iaitu apabila balik dari sesi sekolah pagi, mereka terpaksa bergegas pula ke kelas KAFA.

"Pada malam pula terpaksa menghadiri kelas mengaji al-Quran, ini sebenarnya amat memenatkan anak-anak yang menyebabkan masa berkualiti mereka terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menyokong usul pendidikan dan agama sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-59, di sini semalam.

Shabudin juga mencadangkan supaya:

- Kerajaan menubuhkan Maktab Rendah Sains Islam Malaysia yang mempunyai suntikan Islam dalam kurikulumnya untuk melahirkan golongan pelajar Ulul al-Albab iaitu profesional mahir duniawi dan ukhrawi.

- Membanyakkan pembukaan sekolah agama Imtiaz swasta.

- Penubuhan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Antarabangsa dengan membawa saintis Islam daripada seluruh dunia ke Malaysia.

- Menubuhkan Mahkamah Perdagangan Islam bagi memperkasakan institusi kewangan Islam negara.

- Menubuhkan Akademi Penyelidikan Bidang Syariah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada Malaysia sebagai hab perdagangan halal dunia.

- Menyelaras dan memperkasakan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri terutama berkaitan dengan penguatkuasaan fatwa.

- Akta Pengawalan Penyebaran Agama Lain kepada orang Islam perlu disegerakan.
_________________
mentari Merah dan mawar biru...

Apa yang Ader Pada April Fool

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله
عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Setiap kali menjelang 1hb.April, sesetengah orang kita taksub dengan budaya pandang Barat. Semua menuju ke arah Barat. Dari politiknya, dari pendidikannya, dari ekonominya, dari budaya-sosialnya dan sebagainya... Sedangkan bukan semua, BUKAN 100d% apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut... Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak!

Setiap kali hadirnya tanggal 1hb.APRIL... maka apa yang terfikir di benark fikiran... ligat berputar memikirkan rancangan "PENGANIAYAAN"... Tak kira masa tuk memikir "AGENDA" yang rasanya pasti "menjadi". Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i'm sorry to use this words) atau "practical joke" yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.


Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan "APRIL FOOL"... Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Berbalik kepada pertanyaan April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP