Nak satukan jqaf dan kafa?apa komen....



KUALA LUMPUR 28 Mac - Perwakilan UMNO Pulau Pinang mencadangkan program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF) serta Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) disatukan menggunakan kurikulum sama.

Wakil tersebut, Shabudin Yahaya berkata, pada masa ini program J-QAF mendapat peruntukan besar daripada kerajaan selain mempunyai guru terlatih dan tempat belajar yang selesa.

"Kenapa perlu ada dua identiti sekolah agama untuk membentuk modal insan berguna? Pengurusan masanya amat menyusahkan anak-anak iaitu apabila balik dari sesi sekolah pagi, mereka terpaksa bergegas pula ke kelas KAFA.

"Pada malam pula terpaksa menghadiri kelas mengaji al-Quran, ini sebenarnya amat memenatkan anak-anak yang menyebabkan masa berkualiti mereka terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan menyokong usul pendidikan dan agama sempena Perhimpunan Agung UMNO ke-59, di sini semalam.

Shabudin juga mencadangkan supaya:

- Kerajaan menubuhkan Maktab Rendah Sains Islam Malaysia yang mempunyai suntikan Islam dalam kurikulumnya untuk melahirkan golongan pelajar Ulul al-Albab iaitu profesional mahir duniawi dan ukhrawi.

- Membanyakkan pembukaan sekolah agama Imtiaz swasta.

- Penubuhan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Antarabangsa dengan membawa saintis Islam daripada seluruh dunia ke Malaysia.

- Menubuhkan Mahkamah Perdagangan Islam bagi memperkasakan institusi kewangan Islam negara.

- Menubuhkan Akademi Penyelidikan Bidang Syariah Antarabangsa sebagai pelengkap kepada Malaysia sebagai hab perdagangan halal dunia.

- Menyelaras dan memperkasakan pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri terutama berkaitan dengan penguatkuasaan fatwa.

- Akta Pengawalan Penyebaran Agama Lain kepada orang Islam perlu disegerakan.
_________________
mentari Merah dan mawar biru...

No comments:

Post a Comment

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP