RENUNGKAN DI SEBALIK 19
Kita sering dimaklumkan mengenai angka 786 yang kononnya mewakili perkataan bismillah. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa Allah menyebut beberapa angka dalam al-Qur’an yang mempunyai banyak bukti matematik yang tidak kita ketemui. Angka 19 disebut secara spesifik dalam Surah ke 74 “Surah al-Muddathir”, ayat 30 yang bermaksud, “Padanya ada
Dari surah ini jelas angka 19 memainkan peranan yang besar dalam al-Qur’an. Berikut ialah 19 perkara yang diperhatikan oleh Dr Vladimir Kulish & Rano Izhar yang menemui kepentingan angka ini. Saya memetik hal ini dari sebuah buku yang sedang dalam usaha percetakan:-
- Al-Qur’an mengandungi 114 surah (114=19×6)
- Kalimah Bismillah mengandungi 19 huruf arab
- Walaupun kalimah Bismillah tidak ditulis bagi surah at-Taubah, tetapi perkataan Bismillah ditulis sebanyak 114 kali dalam al-Qur’an
- Jumlah ayat dalam al-qur’an ialah 6346 (=19×334) Perhatikan jumlah 6346 ialah 19 (6+3+4+6)
- Daripada surah ke-9, at-Taubah (yang tidak ada Bismillah) kepada surah yang mengandungi kalimah Bismillah (surah 27), jumlah surah kesemuanya 19
- Jumlah nombor surah kalau dicampurkan dari surah 9 ke 27 iaitu 9+10+11+…….+27=342 (19×18)
- 342(=19×18) menyamai perkataan antara 2 bismillah dalam surah 27 (bismillah di awal surah 27-perkataan Bismillah dalam surah berkenaan)
- Ayat pertama turun mengandungi 19 kalimah (Iqra’)
- Ayat tersebut mengandungi 76 huruf (=19×4)
- Surah Iqra’ (96) menjadi surah mengikut susunan mengandungi 19 ayat
- Surah tersebut diletak di atas 19 surah-surah akhir yang lain
- Surah 96 mengandungi 304 huruf Arab (=19×6)
- Surah terakhir turun iaitu surah 110 juga mengandungi 19 ayat
- Ayat pertama surah berkenaan (110:1) mengandungi 19 huruf arab
- 14 huruf berbeza dari set 14 huruf permulaan seperti Alif, Lam, Mim) dan permulaan 29 surah jika dicampurkan 14+14+29=57 (19X3)
- Jumlah 29 surah yang dimulai dengan huruf arab (tidak diketahui makna seperti alif, lam, mim dll) ikut surah ialah 2,3,7 dll kalau dijumlahkan 2+3+7+….+50+68=822 dan 822+14 (14 set permulaan dengan huruf hija’iyyah)=836(=19×44)
- Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 38 surah yang tidak dimulai dengan huruf sebegini (=19×2)
- Antara surah pertama (al-Baqarah) dengan surah terakhir (surah 68) yang dimulai dengan huruf, terdapat 19 giliran antara surah yang bermula dengan huruf dan yang tidak bermula dengan huruf
- Al-Qur’an menyebut 30 angka berbeza 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11, 12, 19, 20, 30, 40, 50, 60, 70,80,99,100,200,300,1000,2000,3000, 5000,50000 dan 100000. Jumlah angka-angka ini ialah 162,146 (=19×8534)…Inilah kod Qur’an yang disengajakan oleh Allah untuk memelihara al-Qur’an dari sebarang pemalsuan….dan ia bukan ciptaan manusia. Itulah sebahagian dari penemuan dan kita akan berbincang lagi mengenai hal ini.
No comments:
Post a Comment