PENGUMUMAN : Penyerahan Wang KWAMP




TARIKH

07.12.2009 : Tahun 1 & 2

08.12.2009 : Tahun 3 & 4

09.12.2009 : Tahun 5 & 6


MASA : 8.00 - 12.OO Tengahari

TEMPAT : BILIK GURU SK PEKAN TELIPOK


SEMUA MURID YANG LAYAK (diberi surat penggilan) dikehendaki hadir pada tarikh yang nyatakan bersama ibubapa masing-masing.

DOKUMEN yang perlu di bawa :
**** Kad Pengenalan (tidak dibenarkan membawa pasport atau dokumen lain.)


Pesanan Buat Anak didik ku...



*** ustaz sukri tolong "translate" lagu ni....banyak teladan...

Adik-adik dibangku pelajaran Bangun
pagi-pagi lepah mandi kita semaye

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Nak gi sekolah cium tangan ayah ibu


Adik-adik dibangku pelajaran Balik sekolah bila dah lepah make

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Kerja cikgu suruh kita buat selalu


Adik-adik dibangku pelajaran Di waktu pete adik gi ngaji kor ‘ae

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bila dah malam rajinlah baca buku


Adik-adik dibangku pelajaran Masa belajar tanam sifat nak melawe

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Biar periksa dapat nombor satu


Adik-adik dibangku pelajaran Masa mengaji tok soh malu Toksoh segan,

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Benda hok tok tau cepat2 tanya cikgu


Adik-adik dibangku pelajaran Dadah ngan ganja jange adik nok telan

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Bila ketagih tubuh segar jadi layu


Adik-adik dibangku pelajaran Bila dah bjaya jadi peg. kerajaan

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Jgn mu lupa jasa ayah dan ibu


Adik-adik dibangku pelajaran Pkara hok baik adik ambik buat taulade

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu Pkara hok buruk jgan adik nok tiru


Adik-adik dibangku pelajaran

Tuntutlah ilmu Jangan Mudah Jemu


DOWNLOAD TAKWIM SEKOLAH & 'EDIT'


DOWNLOAD TAKWIM SEKOLAH & 'edit sendiri'

TAKWIM SEKOLAH 2010

AMARAN ALLAH kepada UMATNYA


MOSCOWMajlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya.

*** apa yang terjadi kepada kanak-kanak ini hanya lah ALLAH yang maha mengetahuinya,ambil lah pengajaran daripada apa yangb terjadi di akhir zaman ini : admin

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP