Sekolah juga yang "KENA"....

Jambatan runtuh: Guru besar disiasat

Guru besar SK Kuala Dipang, tempat kejadian jambatan gantung runtuh kelmarin, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai berhubung tragedi yang mengorbankan satu nyawa dan dua lagi masih hilang.

Alwi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan beliau "sedang bermesyuarat" di sekolah berkenaan.

Seorang kakitangan sekolah itu pula memberitahu, pegawai-pegawai SPRM itu telah menemubual guru besar tersebut sejak kira-kira jam 10 pagi ini.

Jambatan baru (foto, warna biru) sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.

Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.

SUMBER : http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP