Manusia Ini terkaya di Malaysia......

Manusia ini terkaya di Malaysia

Petikan dari http://www.forbes.com

Majalah Fortune Malaysia baru-baru ini telah menamakan Tan Sri Robert Kuok sebagai manusia terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM26.6 billion. Walau bagaimanapun, jumlah kekayaan beliau telah merosot sebanyak RM31.5 billion daripada RM58.1 yang dicatatkan pada tahun lepas.

Mengekori rapat ialah pemilik Astro dan Maxis, T. Ananda Krishnan dengan kekayaan berjumlah RM20.1 billion.

Orang melayu yang terkaya ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan berjumlah RM3.2 billion. Manakala wanita terkaya ialah Puan Sri Lee Kim Hua, balu kepada pengasas Genting, Tan Sri Lim Goh Tong dengan kekayaan berjumlah RM3.5 billion.


Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary orang melayu terkaya di Malaysia

Berikut ialah senarai 10 manusia terkaya di Malaysia;
Tan Sri Robert Kuok - (RM26.6 billion)
T. Ananda Krishnan - (RM20.1 billion)
Tan Sri Teh Hong Piow - (RM8.15 billion)
Tan Sri Lee Shin Cheng - (RM7.4 billion)
Tan Sri Quek Leng Chan - (RM4.5 billion)
Puan Sri Lee Kim Hua - (RM3.5 billion)
* Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary - (RM3.2 billion)
Tan Sri Vincent Tan - (RM1.8 billion)
Tan Sri Tiong Hiew King - (RM1.6 billion)
* Tan Sri Azman Hashim - (RM1.4 billion)

* Gunakan kekayaan ini untuk meningkatkan ekonomi Islam,lebih-lagi lagi menaikan martabat orang Islam di mata orang yang bukan Islam....

No comments:

Post a Comment

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP