Tidak Layak Dipanggil MURID @ PELAJAR


KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.
Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.
"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.
"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.
Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.

P/S : Admin teramat terkejut dengan peristiwa yang berlaku pada guru ini...Hilang sudah pertimbangan yang ada pada seorang anak didik...Lupa sudah mereka pada ilmu yang diajar seawal tadika,sekolah rendah....tapi admin tak heran sangat perkara ini berlaku dan berlaku dan berlaku....kerana selagi tiada sifat HORMAT pada seorang guru...ianya pasti akan berulang....Akhirnya bebanan ini ditanggung oleh guru.....akibatnya guru terpaksa menerima komen2 tidak membina oleh masyarakat antaranya...


  •  Tersalah didik kot....
  • Guru tak pandai menyelesaikan masalah.......
  • Guru guna kekerasan....
  • Apa peranan guru kaunseling........huhuhuhhu
Jawapannya... GURU YANG SALAH.....
**** Sekadar pandangan peribadi admin jer....

No comments:

Post a Comment

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP