Air Mata Keinsafan Malek Noor
"Malu ke berkawan dengan orang yang mengakui kesilapan? Saya yang sepatutnya lebih malu kerana kealpaan saya selama ini terhadap suruhan-Nya, tetapi Allah Maha Penyayang, menerima saya seadanya," kata Abdul Malek Mohamed Noor ketika Selebriti berkunjung di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur, Rabu lalu.
Malah, kata bekas juara enam kali bina badan Asia ini, pendedahan seperti itu sangat penting sebagai teladan buat kita semua dan dia rela menjadi contoh itu. Bukan mahu menunjuk-nunjuk. Biarlah apa orang nak kata, dia akur kerana tahu hikmah Allah atas segala yang terjadi.
Bukan saja negatif, Malek menerima banyak pujian atas keberanian itu. Bukan meminta, tetapi itulah antara hikmah-Nya. Katanya, seorang peminat yang menetap di United Kingdom kagum dengan perubahan Malek dan menjadikannya sebagai contoh kerana peminat itu juga seperti Malek, sering merantau ke negara bukan Islam.
Sebenarnya sejak 2002 lagi rutin perjalanan hidup Malek Noor bertukar. Sibuknya mencari nama dan rezeki selama tiga dekad sebelum itu membuatkannya lalai akan tanggungjawabnya sebagai Muslim. Dari usianya 12 tahun sehinggalah 46 tahun, dia tidak pernah menunaikan solat lima waktu sehari dan jauh sekali untuk berpuasa pada Ramadan.
"Saya alpa akan semua tanggung jawab itu. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong lebih 30 tahun untuk mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai. Besarnya dosa saya dan tidak pernah mensyukuri nikmat yang diberi-Nya," katanya.
catatan lanjut.........http://www.hmetro.com
Pengakap Kanak Kanak
Program yang dianjur oleh BPG ketika itu amat menyeronokan....buleh tanya ustaz Sharul(SK Tebobon),Ustaz Baharudin(SK Darau),Ustaz Mohd Zahid Ngah(SK Padang Tembak),Ustaz Razmi(SK Sungai Anib 2),Ustaz Nazri Jusuh (SK Gum Gum),Ustaz Kariman....sekadar menyebut beberapa nama orang kuat pengakap di maktab dulu....bila disebut aje ikatan manuk,bunga geti,pengail,buku sila memang dia orang ni mahir sekali....bikin gajet dah jadi mainan...kepakaran mereka ini amat bagus sekali....mudah2an ilmu mereka ini amat berguna untuk masa akan datang...Mungkin ada di kalangan pembaca blog ini memiliki lebih lebih lagi pengalaman ketika menyertai Perkhemahan Unit Beruniform....aktiviti-aktiviti jungle tracking,meredah jeram,camp fire,memasak,berkawad kaki masih kekal dalam ingatan kan...Insyallah...pihak admin akan berusaha mengumpul maklumat yang berkaitan dengan Pengakap Kanak-Kanak untuk kita kongsi bersama di posting seterusnya....
Sekiranya anda ada sebarang maklumat yang boleh dikongsikan bersama boleh email kan kepada kami jqafskpt@gmail.com
Cerita Baru Perkara Lama
Seorang bapa pelajar tingkatan tiga, SMK Abdullah II, Semporna, Sabah bertindak berani menumbuk dan memukul seorang guru displin sekolah En. Zul Ahmad B. Kasuagi dengan menggunakan objek keras iaitu batang paip berkali-kali menyebabkan kecederaan parah pada bahagian badan guru tersebut serta menerima beberapa jahitan di bahagian kepala.
Kejadian berlaku pada jam 11.00 pagi ketika bapa pelajar yang berkerja sebagai seorang tentera berumur dalam lingkungan 30an dan juga ditemani oleh seorang lagi lelaki berusia lingkungan 50an yang dipercayai datuk kepada pelajar tersebut berjumpa dengan guru displin di sekolah seterusnya bertindak secara tiba-tiba menumbuk dan memukul guru tersebut berkali-kali tanpa berbincang terlebih dahulu. Seorang daripada rakan mangsa juga seorang guru cuba menyelamatkan mangsa dengan meleraikan pergaduhan. Suspek kemudiannya menjerit memanggil anaknya di tingkat bangunan bersebelahan kemudian terus membawa anaknya pulang tanpa sebarang makluman kepada pihak sekolah.
Kejadian ini telah disaksikan oleh beberapa orang guru dan juga pelajar yang kebetulan berada di tempat kejadian. Mangsa kemudiannya dihantar terus ke hospital berdekatan bagi mendapat rawatan kecemasan akibat pendarahan teruk di kepala. Bagaimanapun, mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah setelah mendapat rawatan.
Menurut pihak sekolah kejadian ini berlaku akibat salah faham bapa pelajar tersebut setelah anaknya telah dikenakan hukuman displin oleh guru berkenaan pada dua hari sebelumnya ketika sekolah menjalankan aktiviti ko-kurikulum pada hari Sabtu (4/7/09). Menurut sekolah juga,pelajar tersebut pernah melanggar displin sekolah beberapa kali dan telah diambil tindakan oleh sekolah.
Ekoran kejadian ini, laporan polis telah dibuat bagi menyoal siasat bapa pelajar tersebut serta Pegawai Tinggi Tentera di cawangan Semporna,Sabah juga telah melawat mangsa bagi mendapat maklumat dan penjelasan mengenai kejadian di rumah kediaman mangsa.
Ubat Batuk
Ubat batuk, selesema tak sesuai untuk kanak-kanak bawah 2 tahun
Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat keputusan untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata amaran keselamatan iaitu “Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun” dan “Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun”, wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.
Produk-produk yang terlibat adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.
Eisah berkata produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.
Eisah berkata apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.
Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.
“Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-bati,” katanya.
Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.
“Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit,” kata Eisah.
Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.