Usah bergaduh lagi....

Dalam Membentuk Usratie Saiedah .....
Rabi'ah Aslami r.a. telah bercerita : "Pada suatu hari aku telah bertengkar dengan Abu Bakar (radhiallahu anh). Semasa pertengkaran itu berlaku, dia mengeluarkan sepatah kata kesat kepada aku. 

Dengan serta-merta dia telah menyedari kesilapannya lalu berkata: "Wahai saudara, gunakanlah perkataan itu terhadapku sebagai tindakan balas." Aku enggan berbuat demikian. Dia menggesaku supaya menggunakan perkataan kesat itu dan berkata hendak merujuk kepada Nabi SAW. Aku tidak juga mahu mengalah. Dia pun bangun meninggalkan aku. Beberapa orang dari ahli puakku yang menyaksikan peristiwa tadi mencemuh: "Ganjil betul orang ini; dia yang melakukan kesalahan dan dia pula mengancam hendak mengadukan kepada Nabi SAW." 

Dengan segera aku menyampuk: "Kamu tahu siapakah dia? Dia adalah Abu Bakar. Menyinggungnya bererti menyinggung Nabi dan menyinggung Nabi bererti menyinggung Allah. Kalau perbuatanku menyinggung Allah, siapakah yang akan menyelamatkan aku?" Aku pun bangun lantas pergi mendapatkan Nabi SAW, kepadanya aku bercerita apa yang telah berlaku. Baginda SAW berkata:" Keenggananmu mengeluarkan kata-kata kesat itu sudah kena pada tempatnya. Tetapi untuk mengurangkan penderitaan batinnya (Abu Bakar), sekurang-kurangnya kamu berkatalah: "Semoga Allah mengampunimu, hai Abu Bakar

"Bila hati sendiri tidak tenang. jangan di tambah kemarahan orang lain,kerana dalam tidak sedar,anda akan dapati dia akan keluarkan perangainya yang sebenar...TAHNIAH untuk anda kerana telah membongkarkan perangainya yang sebenar...time itu baru tahu.. siapa dia sebenarnya...heheheh..tapi nasihatku,berbuat baiklah selagi nyawa masih di badan." : AbU KhAiRa

No comments:

Post a Comment

Cari Artikel berkaitan

Hebahan Semasa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Oleh abukhaira by http://skptelipok.blogspot.com/ 2008

Back to TOP